Selasa, Mei 24, 2011

Pasangan

kereta- bertolak
motosikal - bertolak
kapal - berlayar
kapal terbang - berlepas
kereta api - bertolak

orang kebanyakan -kebanyakan orang
latihan pusat - pusat latihan

lembu susu - susu lembu
pisang goreng- goreng pisang

air paip-paip air
air mata-mata air

biru laut - laut biru
telur ayam-ayam telur

Rabu, Mei 04, 2011

Jumaat, Disember 24, 2010

Selasa, Oktober 12, 2010

Tajuk Pilihan Karangan SPM 2010

1. Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga. Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut.

2. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda belum mencapai tahap yang memuaskan. Anda ingin mengemukakan cadangan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) anda agar amalan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah anda dapat ditingkatkan.

3. Perpaduan kaum perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran Negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

4. Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting. Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat tersebut.

5. Pada masa ini, masyarakat Malaysia kurang menitikberatkan amalam membaca sedangkan membaca memberikan pelbagai faedah. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memupuk minat suka membaca dalam kalanagan masyarakat Malaysia

6. Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja telah menjadi tanjuk utama akhbar-akhbar tempatan negara ini. Masalah semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram

7. Remaja hari ini gemar memakan makanan ringan. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesan pengambilan makanan ringan kepada remaja

8. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan olehKelab Komputer. Tajuk syarahan anda ialah “Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi dalam Kalangan Rakyat”. Sediakan teks syarahan itu sekelengkapnya.

9. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak terutama masyarakat mula memberikan perhatian serius terhadap gejala penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tulis rencana tentang usaha-suaha menangani masalah tersebut.

10. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan pembangunan di kebanyakan negara dalam pelbagai aspek. Ulaskan pernyataan di atas.

11. Semangat patriotisme perIu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri rnereka.

12. Keprihatinan dan kasih sayang ibu adalah penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalah tempatan Berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu selengkapnya.

13. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting daIam usaha menjanakan ekonomi sesebuah negara. Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembangan ekonomi negara tersebut.

14. Konsep Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Pendana Menteri kita mampu menjadi teras keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

15. Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di tempat anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Keluarga Memainkan Peranan Penting Melahirkan Anak-anak yang Cemerlang” . Tulis ceramah itu selengkapnya.

16. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar

17. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

18. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

19. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

20. Peranan jiran sangat penting dalam kehidupan berkomuniti. Jiran bukan sahaja berperanan sebagai ahli masyarakat setempat, malah menjadi orang yang paling dekat dengan kehidupan kita. Hal ini sesuai dengan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Tuliskan suatu karangan berdasarkan cogan kata tersebut menurut konteks masyarakat masa kini.

21. Warga emas sering diabaikan oleh anak-anak dan keluarga mereka sehingga terpaksa menumpang di rumah-rumah orang tua. Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuklah media massa. Anda ingin mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor pengabaian warga emas dan cara menanganinya. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

22. Penggunaan telefon bimbit amat berleluasa di negara kita pada masa ini. Boleh dikatakan hamper segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah menggunakan alat ini. Tulis rencana tentang kesan penggunaan alat ini kepada masyarakat.

23. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.

24. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.

25. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

26. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu bertanyakan penglibatan negara anda dalam membantu mangsa bencana alam pada peringkat antarabangsa. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.

27. Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

28. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.

29. Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

30. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

31. Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula. Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan institusi keluarga ini.

Khamis, Mei 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Esok, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Selamat Menduduki Peperiksaan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti dapat dikecapi.

Rabu, Mei 19, 2010

Guru Pilihan Pelajar 2010

Sambutan Hari Guru tahun ini dimeriahkan lagi apabila Kelab Media Baru mengadakan undian Guru Pilihan Pelajar 2010. Sebenarnya, ramai juga guru yang tersenarai seperti Pn. Sasikala, Pn. Jeya Rosa, Pn. Zaharah Harun, En. Gan Seik Chuan, Pengetua, En. Lau Koon Hing tetapi setakat ini, 6 orang guru telah dikenal pasti mendapat undi yang banyak. Mereka ialah:

Pn. Lam Yoke Ling, Pn. Chow Sau Yuan, Pn. Voon Ooi Yuen, Encik Chan Fook On, En. Chong Kim Foo dan Pn. Lee Hooi Ching.

Walau bagaimanapun, hanya 5 orang guru yang akan dipilih berdasarkan undi yang paling banyak. Keputusan akan diumumkan semasa perhimpunan.

Keputusan dan hadiah telah disampaikan oleh tuan pengetua kepada 5 orang guru berikut iaitu:

Pn. Chow Sau Yuan
Pn. Lam Yoke Ling
En. Chong Kim Foo
En. Chan Fook On
Pn. Lee Hooi Ching

SELAMAT HARI GURU 2010

Isnin, Mei 17, 2010