Khamis, Oktober 29, 2009

Rabu, Oktober 14, 2009

Karangan Kemalangan Jalan Raya

Punca: Sikap pemandu
-bersikap mementingkan diri, tidak sabar
- tidak mematuhi peraturan jalan raya ( memotong kenderaan di sebelah kiri jalan dan di garisan putih berkembar, memandu melebihi had laju yang ditetapkan, melanggar lampu isyarat, tidak memberi isyarat ketika hendak membelok ke kiri atau ke kanan, mengantuk ketika memandu, mabuk, memberhentikan kenderaan di bahu jalan tanpa sebarang papan tanda amaran)
-pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar
-tidak memakai tali pinggang keledar

Punca: Keadaan Jalan Raya
- keadaan jalan raya berlopak-lopak dan berlubang
-jalan raya yang sempit, tidak rata
-jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam dan berbahaya
-jalan licin
-penyelenggaraan jalan dilakukan pada waktu puncak
-kurang papan tanda amaran
-kadang-kadang terdapat paku yang tertabur di tengah jalan, bangkai binatang
-binatang ternakan melintas jalan seperti ayam, kerbau, kambing dan lembu

Punca: Keadaan Cuaca
-keadaan berjerebu, jarak penglihatan terhad
-apabila hujan, jalan menjadi licin, penglihatan kabur
-keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat pada waktu malam

Punca: Keadaan Kenderaan
-kenderaan tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan
-brek kenderaan tidak makan, tayar kenderaan haus
-pengelap cermin kenderaan tidak berfungsi, tidak dapat menyapu air hujan menyebabkan penglihatan terhad dan kabur
-tidak ada cermin sisi, tidak ada tali pinggang/ tali keledar ( bagi kenderaan lama)
-kenderaan diubahsuai tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ

Punca: Undang-undang
-Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan. Pemandu mampu bayar
-Gejala rasuah dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, Penguatkuasaan daripada JPJ boleh dianggap cuma mengikut musim. Menjelang hari perayaan ataupun mendapat aduan daripada orang ramai barulah menjalankan operasi.
-Kurang pemantauan dijalankan di lokasi yang sering berlaku kemalangan
-Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim perayaan
-Kempen yang dijalankan tidak berkesan dan tidak secara konsisten "hangat-hangat tahi ayam"

Punca: Kegiatan Mat Rempit
-perlumbaan haram oleh Mat Rempit, menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba, membahayakan pengguna jalan raya yang lain
-Mat Rempit menunggang motosikal secara berkumpulan, tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain
-sengaja melanggar peraturan jalan raya seperti melanggar lampu isyarat dan menunggang melawan aliran kenderaan


Peribahasa/ Slogan/ Frasa yang boleh digunakan:
Malang tidak berbau
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
sudah terhantuk, baru tergadah
hangat-hangat tahi ayam
nasi sudah menjadi bubur
berhati-hati di jalan raya
biar lambat asalkan selamat
Pandu cermat, jiwa selamat
Polis trafik
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
nahas jalan raya/ kemalangan jalan raya/ tragedi
tidak mengetahui adab atau peraturan jalan raya
penunggang motosikal seolah-olah hendak membunuh diri ketika menunggang motosikal
samseng jalan raya
jalan raya di negara ini dianggap sebagai 'sungai maut'
topik tentang jalan raya tidak pernah habis diperkatakan dan akan terus diperkatakan selagi kemalangan jalan raya terus meningkat.
murah sangatkah nyawa manusia?

Sikap Pemandu:
-membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala
-sebelum memulakan perjalanan terutaman perjalanan jauh, membuat pemeriksaan dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik seperti brek berfungsi, tayar berbunga
-tidak meminum arak jika terpaksa memandu, kalau mengantuk, berhenti di kawasan rehat
-memandu tidak melebihi had laju dan tidak memotong di garisan berkembar
-sabar dan mematuhi peraturan jalan raya
Jabatan Kerja Raya(JKR) membaiki jalan-jalan yang rosak, menurap jalan berlubang
Denda yang lebih tinggi supaya pengguna jalan raya akan berfikir dua kali sebelum memandu laju
-sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Media Massa:
-menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya, menyiarkan babak ngeri nahas jalan raya
-menyiarkan kempen-kempen keselamatan jalan raya pada waktu primer agar lebih ramai penonton yang dapat menonton dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sama ada pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu lori dan bas
-kempen keselamatan jalan raya disiarkan saban hari dan seberapa kerap yang mungkin bukan pada musim perayaan sahaja.

Undang-undang:
-meningkatkan umur pemerolehan lesen bermotor dari 16 tahun ke 18 tahun
-Denda yang lebih berat dan hukuman penjara boleh dipertimbangkan jika melibatkan kematian
-melaksanakan sistem potongan markah, tidak memperbaharui lesen pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut.
-proses pemerolehan lesen yang lebih ketat, pelajar perlu mengikuti kursus keselamatan jalan raya

Peranan Ibu Bapa :
-memastikan anak tidak terlibat dalam kegiatan Mat Rempit
-tidak membelikan motor kepada anak-anak yang didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya
-menjadi contoh teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutaman semasa berada di jalan raya,
-Ibu bapa memandu secara bersopan ketika di jalan raya untuk memberi contoh teladan kepada anak-anak, mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.

Pihak Kerajaan:
Melalui JPJ, JKR dan Polis trafik untuk menguatkuasakan undang-undang yang telah digubal
-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan operasi menangkap Mat Rempit, mengadakan sekatan jalan untuk memeriksa dan mengawal pengubahsuaian kenderaan secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh JPJ
-menyita kenderaan yang diubahsuai dan telah tamat tempoh cukai jalan dan lesen memandu
-memastikan pegawai polis trafik atau JPJ tidak mengamalkan amalan rasuah, mengenakan hukuman berat terhadap pegawai yang menerima rasuah atau meminta rasuah daripada pengguna jalan raya.
-Jabatan Kerja Raya(JKR) selalu memastikan keadaan jalan raya yang sempurna dan membuat kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan pada waktu larut malam ketika kurang kenderaan menggunakan jalan raya, meletakkan papan tanda amaran di selekoh tajam dan jalan bengkang-bengkok agar pemandu mengetahui keadaan jalan raya yang bakal dilalui oleh mereka

Kempen & Didikan:
-didikan tentang keselamatan jalan raya diterapkan dalam kurikulum atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah cara selamat ketika ingin melintas jalan.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Karangan Mat Rempit

Soalan

  1. Aktiviti perlumbaan haram sangat diminati oleh golongan remaja walaupun kadang-kadang aktiviti ini berakhir dengan tragedi,tetapi masih ramai lagi yang tidak serik-serik menyertai perlumbaan itu,malah mereka berasa bangga dikenali sebagai “Mat Rempit”. Bincangkan sebab-sebab aktiviti ini semakin diminati dan langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Dalam era globalisasi dan liberalisasi ini , aktiviti perlumbaan haram semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat.Aktiviti ini semakin mendapat tempat dan diminati oleh golongan remaja walaupun mereka mengetahui(bahawa) aktiviti tidak bermoral ini akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. (Hal) hal ini dapat kita lihat melalui (laporan)media massa mengenai aktiviti lumba haram yang tidak sihat ini. Kegiatan ini bukan sahaja membawa padah kepada individu malah menjejaskan (ketenteraman) masyarakat dan merosakkan imej Negara(negara) di mata dunia. Oleh itu, faktor-faktor yang mendorong(remaja terjebak dalam) aktiviti ini seharusnya(perlu) dicari(dikaji dan diselidik) sehingga ke akar umbi agar jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif dapat dilaksanakan untuk membendung masalah ini.

Perenggan isi pertama perlu merupakan isi utama ( faktor yang paling menyumbang kepada aktiviti merempit :- iaitu kemantangan/ ego dan ganjaran yang menanti)

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti‘Mat Rempit’ ini semakin diminati adalah disebabkan kekurangan(kurang) kawalan dan kasih saying daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang kurang (mendapat) pengawasan daripada ibu bapa mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dunia menyebabkan anak-anak mereka terbiar (tanpa) hala tuju. Akhirnya, para remaja mencari ketenangan dan hiburan dengan melakukan aktiviti perlumbaan haram dan menjadi ‘Mat Rempit’ sebagai (jalan keluar) daripada kesunyian yang menyelubungi jiwa remaja ketika keseorangan di rumah. Selain itu, ibu bapa yang tidak mempunyai masa dan ruang untuk mendidik anak sama ada didikan agama ataupun pembentukan peribadi yang mulia menyebabkan anak-anak tidak mempunyai iman dan pendirian yang tegas dan mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit kerana mudah terpengaruh dan tidak mampu menepis godaan. Ibu bapa yang tiadak menjalani(tidak melaksanakan) tanggungjawab mereka akan menyebabkan anak mereka yang kehilangan(ketandusan) kasih sayang terlibat dalam gejala ‘Mat Rempit’ sebagai langkah untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka.

Selain iitu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan golongan muda(remaja) menyertai aktiviti haram ini. Hal ini disebabkan,golongan remaja akan menghabiskan hampir separuh hari (kebanyakan masa mereka )bersama-sama rakan sebaya di sekolah. Ajakan dan pujukan rakan tidak mampu ditolak. Apabila menyaksikan aksi “Mat Rempit’ yang berbahaya dan mencabar, berputik dalam jiwa remaja rasa ingin cuba. Remaja akan cuba dan merasai sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, gelaran ‘Mat Rempit’ seolah-olah memberi pengiktirafan kepada remaja akan kejantanan atau kelelakian, kehebatan , kejaguhan mereka. Mereka akan lebih diminati oleh ramai gadis dan mudah mendapat sokongan daripada rakan-rakan . Hal ini menyebabkam ramai remaja seakan-akan ketagih dengan aksi merempit ini.

Faktor kewangan (ganjaran) juga menjadi salah satu faktor aktiviti ini diminati oleh golongan muda(remaja). Perlumbaan haram ini melibatkan aktiviti perjudian, wang pertaruhan kadang-kadang mencecah angka beribu-ribu ringgit. Kadang-kadang bukan ganjaran wang yang dikejar tetapi gadis bohsia yang dijadikan pertaruhan kepada pemenang perlumbaan. Pemenang berpeluang menikmati hubungan seks secara percuma. Godaan ini memang menjadi tarikan yang tidak mampu ditolak oleh remaja kerana berpeluang mengadakan hubungan seks dengan gadis bohsia dapat menjawab seribu satu persoalan yang menghantui mereka tentang seks. Kepuasan nafsu ini menjadi daya pendorong kepada golongan remaja dalam aktiviti merempit

Masalah Mat Rempit ini ibarat barah yang tumbuh dalam badan kita. Barah ini mampu melemahkan dan menjejaskan kualiti modal insan yang ingin dilahirkan oleh negara. Golongan Mat Rempit ini perlu disekat daripada terus membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai platform yang menunjukkan kehebatan dan kejaguhan mereka dalam perlumbaan. Antara jalan penyelesaiannya adalah menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlu mengendalikan (menggubal) undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan Mat Rempit yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hukuman seperti sebatan dan penjara boleh dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang lain (remaja lain) agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini. Selain itu, penonton yang menyaksikan perlumbaan dan aksi Mat Rempit ini turut perlu ditangkap dan dikenakan hukuman kerana memberi sokongan kepada Mat Rempit. Hal ini adalah kerana sokongan dan tepukan serta sorakan penonton inilah yang menaikkan semangat dan ego Mat Rempit.

Selain itu, kerajaan atau pihak swasta boleh mewujudkan (membina) sebuah litar lumba yang sesuai dan selamat seperti di Sepang untuk golongan muda. Kewujudan litar perlumbaan ini boleh digunakan oleh golongan Mat Rempit ini dengan mengenakan bayaran yang lebih murah supaya golongan ini boleh menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa membahayakan penggunaan jalan raya yang lain. Aktiviti perlumbaan boleh dianjurkan untuk menarik penyertaan Mat Rempit daripada membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Sukan permotoran yang sememangnya berpotensi menaikkan nama negara di persada dunia harus diketengahkan agar golongan Mat Rempit ini berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam sukan permotoran seperti Perlumbaan Grand Prix Petronas, Motocross Malaysia dan lain-lain.

Akhir sekali ,didikan agama perlu dititikberatkan. Jangan kita hanyut dibawa arus pemodenan sehingga lupa peri pentingnya didikan agama kepada golongan remaja. Bak kata melentur aur biarlah dari rebungnya. Didikan yang diberikan sejak kecil lagi mampu menjadikan benteng yang cukup kuat dalam menangkis pengaruh dan godaan yang mendatang. Malahan berupaya melahirkan remaja yang tahu membezakan baik daripada buruk, halal daripada haram, wajib daripada sunat. Mereka akan bijak dalam membuat pilihan dan tahu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Dengan adanya didikan agama yang mantap, seseorang itu tidak mudah terjebak dan mengamalkan gaya hidup yang tidak bermoral kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni.

Perlumabaan haram yang dijalankan oleh golongan Mat Rempit ini memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Aktiviti ini bukan sahaja mengundang maut malah membantutkan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa depan. Malang tidak berbau. Oleh itu, isu Mat Rempit tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun. Masalah ini masalah kita semua. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini daripada terus merebak kerana golongan remaja merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

Daripada :Sho Sin Hua U6B

SMK METHODIST (A.C.S) Sitiawan

· Penggunaan kata perlulah konsisten – kalau gunakan kata “remaja” gunakannya secara konsisten dalam karangan anda, jangan sekejap gunakan “golongan muda” sekejap “ remaja” : adalah sesuai gunakan remaja kerana itu yang ditekankan dalam tajuk

· Isi masih tidak mencukupi dan kurang bernas

· Isi tidak dikembangkan dengan menyeluruh

· Pemerengganan tidak konsisten, ada perenggan isi yang dapat dikembangkan dengan baik , ada pula tidak (setiap perenggan perlu lebih kurang dari segi panjang supaya tidak memperlihatkan bahawa anda tidak dapat mengembangkan sesetengah isi dengan baik

· Bahasa adalah memuaskan walau bagaimanapun kurang menarik kerana kurang penggunaan kosa kata menarik serta peribahasa.

· Pengolahan (cara mengolah isi/cara mengembangkan isi/ cara menghurai isi) juga didapati kurang menarik dari segi susunan

Isi-isi

1. Sikap remaja sendiri – ego, ingin tunjuk kehebatan, tidak matang, mudah terpengaruh ( langkah : didikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, peka dan tahu di mana anak-anak mereka pada setiap masa, memberi suri teladan kepada anak-anak, melentur aur biarlah dari rebungnya)

2. Pengaruh rakan sebaya – mudah termakan janji manis rakan, ingin diterima dalam kumpulan dan sanggup membuat apa sahaja, pantang dicabar rakan sebaya, suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing ( remaja mesti bijak memilih kawan, jauhkan diri dari kutu embun, mesti berpendirian teguh, mempunyai iman yang kuat – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan)

3. Sikap masyarakat – tidak mengendahkan perbuatan Mat Rempit, tidak membuat laporan, bersikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, takut dituduh menjaga tepi kain orang ( menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaporkan kes rempit, memberitahu jiran jika mendapati anak jiran terlibat dalam kegiatan merempit)

4. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan tidak konsisten, kenderaan(motor) hanya disita, sepatutnya empunya motor tidak dikembalikan kepada remaja (kalau tidak ada motor, tidak ada Mat Rempit)- kuatkuasakan undang-undang, ibu bapa dipertanggungjawabkan jika anak mereka merempit, menambah kekuatan pasukan polis dalam menjalankan operasi penangkapan mat rempit

5. Media massa – selalu menyiarkan aksi merempit seolah-olah mereka adalah wira dan jaguh , mendorong aksi merempit. : patut menyiarkan keburukan merempit seperti dicekup polis, ditimpa kemalangan, mengalami kecederaan, malah menempa maut, menyiarkan kesan merempit seperti dipenjarakan, dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan lain-lain.

6. Bantuan tonto ; kumpulan rempit mempunyai bantuan tonto yang menyampaikan maklumat tentang operasi yang dijalankan oleh polis trafik dan JPJ. Tonto telah membantu mat rempit memboloskan diri daripada dicekup polis. (menumpaskan golongan tonto, mengenakan hukuman dan denda kepada golongan ini, didakwa dalam mahkamah)

Kuiz Simpulan Bahasa

Wahai pelajar-pelajar,
Kalau senang, cubalah kuiz simpulan bahasa ini

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm21.HTM

terdapat satu soalan yang kurang tepat ayatnya.

Selamat Mencuba!

Khamis, Oktober 08, 2009

Bahasa Iklan


betulkah?

Rabu, Oktober 07, 2009

Penulisan Isi Karangan

Kebiasaannya penulisan isi karangan meliputi 3 elemen utama iaitu:

1. Ayat Topik / Isi Utama/ Fakta
2. Huraian isi
3. Contoh
Dalam karangan, tidak semestinya ketiga-ketiga elemen ini disusun mengikut urutan ayat topik(isi) -- huraian --contoh. Anda boleh bermula dengan huraian--contoh --ayat topik atau ayat topik --huraian --contoh--penegasan.

Lihat contoh di bawah:

Selasa, Oktober 06, 2009

Karangan Berpandu

Sungai Pinang dan Sungai Kelang antara sungai yang cukup terkenal dengan isu pencemaran yang serius. Isu pencemaran sungai ini telah lama mendapat perhatian dan dijadikan bahan perbincangan dalam pelbagai media massa. Isu ini dijangka akan terus menjadi buah mulut atau topik perbincangan dalam konteks pengurusan sumber bekalan air untuk rakyat di negara ini. Oleh sebab kurangnya perancangan dan pengawalan rapi ke atas sumber-sumber air di negara ini, maka timbullah isu pencemaran air. Jika langkah mengatasinya tidak diambil, kita akan menghadapi krisis air suatu masa nanti.

Sungai dicemari dengan lautan sampah yang dibuang dengan sewenang-wenangnya sama ada oleh penduduk di tepi sungai. Sungai menjadi tempat pembuangan sampah-sarap. Hal ini disebabkan kegagalan pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan tong-tong sampah dan mengangkut sampah mengikut jadual yang ditetapkan. Akibatnya, sungai menjadi tempat alternatif pembuangan sisa-sisa yang dihasilkan.

Pembuangan sisa-sisa toksik dan kotoran dari kilang ataupun ladang ternakan memburukkan keadaan sungai yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kilang-kilang dan ladang ternakan yang terletak berhampiran dengan sungai memilih sungai sebagai kawasan pelupusan dan pembuangan sisa-sisa dan kotoran yang terhasil. Akibatnya, kualiti air terjejas dan membahayakan kesihatan penduduk di kawasan sekeliling yang menjadi air sungai sebagai sumber bekalan air mereka.

Di samping itu, penerokaan atau penggondolan hutan bagi aktiviti pembalakan juga menyumbang kepada berlakunya pencemaran air sungai. Air sungai menjadi cetek akibat timbunan kelodak dan pasir yang berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak dikawal. Aktiviti ini menyebabkan air sungai menjadi cetek dan hidupan di dalam sungai akan mati.

Kita memerlukan bekalan air bersih agar dapat terus hidup dengan sihat. Oleh hal yang demikian, satu sistem pengurusan air yang sistematik dan berkesan perlu diwujudkan. Satu badan khas perlu ditubuhkan untuk memantau sumber dan kualiti air di negara kita. Pemantauan perlu dijalankan secara konsisten untuk memastikan sumber air tidak tercemar.

Indah Water Konsortium atau IWK perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagi merawat air kumbahan menjadi air yang bersih dan seterusnya menyalirkan air yang telah dirawat ke dalam sungai semula. Di samping itu, Indah Water Konsortium yang diberi tanggungjawab menguruskan kumbahan najis manusia dan binatang ternakan harus merangka satu sistem pengurusan kumbahan-kumbahan ini secara cekap agar tidak mencemarkan air sungai.

Isu pencemaran air tidak boleh dibiarkan terus berleluasa tanpa kawalan dan pengawasan oleh pihak berkuasa. Jangan sampai sudah terhantuk, baru tergadah kerana tanpa air bersih kualiti hidup manusia akan terjejas. Seperti slogan yang selalu dilaung-laungkan "Cintailah Sungai Kita", marilah kita mencintai sungai kita dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai.

Gejala Mat Rempit

Isnin, Oktober 05, 2009

Isi Karangan : Pemupukan Nilai-Nilai Murni dalam Kalangan Rakyat (untuk rujukan)

Kepada Semua Pelajar :
Di sini, cikgu sediakan sedikit rujukan untuk anda semua dalam penulisan karangan. Isi, peribahasa dan frasa menarik yang boleh anda semua gunakan untuk karangan tajuk karangan ini.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Selamat Belajar

Kepada Semua Pelajar yang terlibat dalam kajian:

Selamat Belajar; Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang bermula pada 19 Oktober ini. " Di mana ada kemahuan, Di situ ada Jalan"

Khamis, Oktober 01, 2009

Kumpulan Eksperimental : Blog dalam Penulisan Karangan

Inilah sebahagian daripada pelajar kumpulan Eksperimental. Harap yang belum siapkan tugasan masing-masing, hantar pada minggu hadapan. Janji mesti dikota. Nampak gembira kerana penyeksaan selama 5 minggu berakhir hari ini. Sebenarnya, kumpulan ini mempunyai banyak penulis yang berbakat. Bakat ini perlu diasah. Harap mereka akan terus menulis walaupun tempoh kajian tamat hari ini.