Khamis, Mei 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Esok, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Selamat Menduduki Peperiksaan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti dapat dikecapi.

Rabu, Mei 19, 2010

Guru Pilihan Pelajar 2010

Sambutan Hari Guru tahun ini dimeriahkan lagi apabila Kelab Media Baru mengadakan undian Guru Pilihan Pelajar 2010. Sebenarnya, ramai juga guru yang tersenarai seperti Pn. Sasikala, Pn. Jeya Rosa, Pn. Zaharah Harun, En. Gan Seik Chuan, Pengetua, En. Lau Koon Hing tetapi setakat ini, 6 orang guru telah dikenal pasti mendapat undi yang banyak. Mereka ialah:

Pn. Lam Yoke Ling, Pn. Chow Sau Yuan, Pn. Voon Ooi Yuen, Encik Chan Fook On, En. Chong Kim Foo dan Pn. Lee Hooi Ching.

Walau bagaimanapun, hanya 5 orang guru yang akan dipilih berdasarkan undi yang paling banyak. Keputusan akan diumumkan semasa perhimpunan.

Keputusan dan hadiah telah disampaikan oleh tuan pengetua kepada 5 orang guru berikut iaitu:

Pn. Chow Sau Yuan
Pn. Lam Yoke Ling
En. Chong Kim Foo
En. Chan Fook On
Pn. Lee Hooi Ching

SELAMAT HARI GURU 2010

Isnin, Mei 17, 2010

Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI GURU -GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.