Rabu, September 30, 2009

Penambahbaikan Karangan Jia Seng

Tabiat Merokok Bukan Budaya Kita

Marcapada ini,terdapat satu gejala(tabiat) negatif (buruk) yang semakin bermaharajalela terutamanya dalam kalangan remaja. Tabiat yang dimaksudkan ini ialah amalan merokok dalam kalang(kalangan) remaja. Malah dari sehari ke sehari, perokok muda ini semakin bertambah hingga ke satu tahap yang cukup membimbangkan. Fenomena ini kian hari kian meruncing dan (walaupun) kempen-kempen telah dilancarkan secara agresif untuk mendedahkan keburukan merokok tetapi kadar (bilangan) penghisap rokok (perokok) di Malaysia masih tidak berkurangan.Walau apapun strategi yang dilakukan, masyarakat kita khususnya golongan remaja masih belum sedar sepenuhnya untuk menjauhi tabiat merokok Bak kata pepatah tiada angin masakan pokok bergoyang, setiap masalah berlaku pastinya ada penyebabnya.Apakah faktor yang mendorong remaja terjebak dengan amalan buruk ini?.

Terdapat banyak punca yang boleh menyeret(mengheret) seseorang untuk merokok. Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut ini berlaku kerana remaja dipengaruhi oleh kerenah negatif kawan mereka yang bersifat seperti kacang hantu. Rakan merekalah yang memujuk remaja berjinak-jinak dengan rokok. Sejajar dengan itu golongan remaja hari ini terlalu ghairah untuk meniru cara hidup Barat yang berunsur subversive (subversif bermakna
bertujuan utk melemahkan atau me­musnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit). Kebanyakan remaja berasa megah apabila berambut punk,berpakaian selekah,berfoya-foya di taman hiburan,bergaul bebas tanpa batas,merokok,dan mengamalkan sahsiah yang tidak sopan(sahsiah yang tidak sopan?).Selain itu,remaja pada zaman ini mudah mengikut hati muda mereka yang masih belum matang dan suka mencuba sesuatu yang baru(baharu) seperti merokok.

Mutakhir ini,masalah merokok dalam kalangan remaja semakin hangatan (hangat)diperkatakan.Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Jika masalah ini tidak dibendung di (pada) peringkat awal,sudah tentu masalah ini akan melarat dan membawa kepada masalah yang lebih besar,dan sukar diselesaikan seperti"angin berputar,ombak bersambung".Oleh itu,kita hendaklah mengorak langkah yang proaktif dan efisien untuk membendung gejala ini daripada terus barmaharajalela dalam kalangan masyarakat.Bak kata pepatah di mana anjing menyalak,di situlah biawak memanjat. Oleh itu,kita hendaklah mengenalpasti akar umbi yang menjadi faktor utama yang menyebabkan fenomena ini semakin menular.Dalam mengekang kemelut ini,ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali."Bapa borek,anak rintik",ibu bapa hendaklah menjadi "role model" dengan mengamalkan tabiat yang baik seperti tidak merokok di depan anak-anak mereka kerana seperti yang diperkatakan dalam pepatah"bagaimana acuan,begitulah kuihnya".

Selari dengan itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk nenjelaskan kapada anak-anak mereka tentang peri bahayanya jika merokok.Jika seseorang merokok,individu tersebut akan mudah menjangkiti (dijangkiti) penyakit paru-paru dan kanser paru-paru. Tindakan tersebut (Penjelasan tentang bahaya rokok) hendaklah dilakukan awak-awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperti yang kita ketahui,anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang menentukan coraknya,sama ada tetap putih atau terpahit(terpalit) dengan warna hitam.Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama yang banyak mempengaruhi perkembangan mental,emosi,sahsiah,dan sosial anak-anak.Ibu bapa juga perlulah menjalani aktiviti pemantauan. Mereka hendaklah memantau pergerakan anak-anak mereka.Contahnya(Contohnya, ) tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti kafe siber. Ibu bapa mestilah mengetahui rakan sebaya mereka (anak mereka) sama ada rakan yang berakhlak rendah ataupun modal insan(bermoral tinggi).Hal ini,dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada berpelesiran di luar tanpa kawalan ibu bapa. Sudah tentu tindakan ini dapat mematahkan kecenderungan remaja ke arah budaya hedonisme. Menang tidak dinafikan bahawa remaja yang merokok disebabkan oleh ibu bapa mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan terlalu ghairah mengejar harta dunia. Mereka yang bekerja terang-terang tanah hingga samar muka kerana pendapatan mereka hanya kais pagi makan pagi.kais petang makan petang. ( tidak perlu ayat-ayat ini) Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tersisih dan terabai,dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa serta menyebabkan mereka terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang membantut kecemerlangan mereka.Oleh itu,ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk mendidik anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Sehubungan itu,jika hanya bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memerangi golongan remaja yang mengamalkan tabiat merokok,sudah tentu hal ini tidak boleh dibanteras sepenuhnya.Bak kata pepatah air tawar secawan dituang ke laut tidak akan dapat menghilangkan rasa masinnya. Oleh itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membasmi kegiatan merokok dalam kalangan remaja.Pertama sekali,kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang.Sesiapa yang didapati menjual rokok kepada remaja yang berumur 18tahun ke bawah mestilah dihukum.Peniaga seperti ini hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dan bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Hukuman yang setimpal hendaklah dilaksanakan terhadap golongan peniaga yang tidak beretika.Tambahan pula,hukuman juga tidak harus memilih bulu,yang bersalah tetap bersalah,tidak kiralah sama ada mereka ialah individu yang dihormati atau sebaliknya.Seterusnya,kerajaan juga hendaklah sering mengadakan kempen.Kempen"Tak Nak" yang dilaung-laungkan oleh kerajaan jelas memerlukan iltizam dan komitmen rakyat untuk menjayakannya. Oleh itu,sebagai anak Malaysia,kita harus sama-sama menyahut seruan kerajaan.Kempen yang dilaksanakan tidak harusnya seperti melepaskan batuk di tangga dan hendaklah berterusan bak kata pepatah alang-alang mandi biar basah.

Di samping itu,usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah juga tidak harus dipandang rendah.Hal ini kerana sekolah merupakan pusat pembentukan disiplin murid-murid.Sekolah hendaklah kelak (kerap) mengadakan ceramah.Hal ini akan mendedahkan betapa bahayanya mengamalkan tabiat merokok.Tambahan pula,guru-guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni dalam kalangan pelajar.Guru seumpamanya sebatang lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.(tidak perlu ayat ini) Guru-guru perlulah menjelaskan implikasinya jika merokok dan menasihati pelajar-pelajar supaya tidak merokok. Selain itu , didikan agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menyekat golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.Ramai berpendapat bahawa didikan agama dapat menangani masalah tersebut kerana semua agama menolak sesuatu tabiat yang buruk. // isi lain :- Sehubungan dengan itu,remaja sendiri haruslah berhati-hati dalam pergaulan.Pemilihan kawan yang baik mampu menghindarkan remaja daripada terjebak dalam masalah merokok.Bak kata pepatah"yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan".

Kesimpulannya sanggupkah kita terus melihat peneraju negara yang berkaliber terus terjerumus dalam lembah maksiat(tidak sesuai frasa ini) ini? Sanggupkah kita melihat mereka mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti?(apakah maksud ayat ini?) Tidak! Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau berseminar sahaja. Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kemelut ini tidak menjadi semakin kritikal.Bak kata pepatah"bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat".Oleh itu,kita haruslah menggembleng tenaga untuk mencegah gejala ini daripada terus menular.Hal ini mengharapkan mereka yang sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan agar mereka tidak sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna."Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".Tepuk dada tanya selera.(bukan satu gaya penulisan yang baik : menyenaraikan peribahasa )

Komen: huraian yang ditulis tidak menjurus kepada amalan merokok ( berpusing-pusing baru menyentuh isu rokok)

Nampak sangat usaha menggunakan peribahasa secara berlebihan.

Selasa, September 29, 2009

Karangan Jason -Pencemaran Air

Hidupan air ialah spesies haiwan yang hidup di dalam air dan ada yang bernafas melalui insang seperti ikan.Terdapat juga hidupan air yang lain seperti batu karang,rumpai laut,belut,gamat dan sebagainya.Hidupan air di negara kita perlu dihargai untuk mengekalkan unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan ini.

Pendahuluan: daripada pembacaan, isi karangan anda sepatutnya tentang kepentingan hidupan air

Hidupan air mesti dihargai oleh manusia kerana hidupan air merupakan sebahagian daripada kitaran hidup. Hidupan air menjadi sumber protein kepada manusia yang memerlukannya untuk tumbesaran badan. Malah, hidupan air boleh dijadikan bahan atau ramuan dalam bidang perubatan tradisional seperti belut dan gamat manakala hidupan air seperti batu karang dijadikan sebagai barang perhiasan yang unik dan menarik. (bahagian ini anda menulis tentang kepentingan dan kegunaan hidupan air)
Untuk memastikan kelangsungan hidup hidupan air atau akuatik yang baik, aktiviti pencemaran air perlu dielakkan. Pembuangan sisa toksik, sampah-sarap dan kejadian tumpahan minyak di perairan laut boleh menjejaskan hidupan air. Jadi, usaha perlu diambil untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang mencemarkan air ini. Manusia yang tidak bertimbang rasa akan melakukan aktiviti pencemaran air ini lantas kadang kala mereka alpa tentang kepentingan hidupan air kepada manusia. (Punca)

Pencemaran air yang berlaku perlu diatasi oleh semua pihak,terutamanya pihak kerajaan melalui kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan hidupan air di negara kita.Undang-undang dikuatkuasakan secara berterusan agar mereka yang melakukan kesalahan atau pencemaran dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan. Pihak media massa perlu menguar-uarkan kempen 'Hargai Kehidupan Air' agar matlamat kempen kerajaan dapat direalisasikan. (bahagian ini pula tentang langkah mengelakkan pencemaran air)

Kesimpulannya,kerjasama semua pihak amat diperlukan agar pencemaran air tidak berlaku dan hidupan air akan hidup di perairan negara kita tanpa diancam oleh aktiviti pencemaran.Usaha kerajaan malalui kempen-kempen yang diadakan se

cara berterusan ini perlu mendapat tindak balas (reaksi) positif daripada setiap lapisan masyarakat agar kehidupan (hidupan) air terus dihargai oleh rakyat Malaysia. (langkah dan mengulangi apa yang telah ditulis pada bahagian isi)

komen:

tiada tajuk, jadi tidak dapat dipastikan fokus isi karangan sama ada tentang langkah mengelakkan pencemaran air atau tentang kepentingan hidupan air? Daripada pembacaan, didapati isi karangan adalah tentang punca ancaman terhadap hidupan air , kepentingan dan langkah mengelakkan pencemaran air
Isi tidak mencukupi dan bercampur aduk, tiada penggunaan peribahasa, penggunaan kata atau frasa yang tidak tepat.
Pendahuluan tidak menggambarkan kehendak tajuk karangan

Isnin, September 28, 2009

Penambah baikan Karangan KitKit - Badan Kebajikan

Di negara kita terdapat banyak badan kebajikan atau dikenal juga sebagai badan sukarela. Sesuai dengan namanya iaitu badan sukarela, maka anggotanya melakukan pelbagai aktiviti secara sukarela. Lazimnya sesebuah badan sukarela memainkan peranan dalam sesuatu bidang tugas yang khusus seperti menjalankan aktiviti yang bertujuan menjaga kepentingan pengguna di negara ini. Masalah yang timbul kini ialah mengapakah orang ramai tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai badan kebajikan yang terdapat di negara ini?

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri. Bagi golongan ini, apa sahaja tindakan yang akan diambil mestilah mengambil kira kepentingan diri mereka. Jika sesuatu aktiviti ini mengganggu (menggugat)kepentingan mereka, mereka tidak akan melakukannya. Misalnya, mereka tidak mahu mengganggu(mengorbankan) waktu berehat, makan angin, atau membeli-belah semata-matanya untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan walaupun dia tahu kerja kebajikan itu sangat baik(walaupun tahu bahawa amalan ini ). Mereka sedar bahawa menyertai kegiatan gotong-royong untuk membantu warga tua perbuatan yang mulia tetapi mereka enggan mengorbankan masa senggang mereka semata-mata untuk menyertai kegiatan kebajikan itu.

Kebanyakan orang zaman sekarang sangat mementingkan keuntungan dalam hidup mereka. Dalam apa-apa juga tindakan yang diambil, perkiraan utama golongan ini adalah keuntungan yang bakal diperoleh. Sekiranya tindakan itu tidak memberikan sebarang keuntungan peribadi, mereka enggan melibatkan diri. Dalam hubungan ini, sudah tentulah mereka tidak akan menyertai kegiatan sukarela yang dianjurkan oleh pelbagai badan kebajikan kerana kegiatan ini tidak membawa sebarang keuntungan peribadi. Malah, orang yang melibatkan diri dalam kegiatan itu selalunya akan mengorbankan (membelanjakan)sebahagian wang mereka di samping mengorbankan tenaga dan masa.
Orang zaman sekarang terlalu sibuk bekerja untuk mengumpulkan wang bagi menyediakan perbelanjaan hidup diri sendiri dan keluarga yang terus meningkat. Orang-orang dalam golongan ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyertai kegiatan kebajikan tetapi tuntutan hidup memerlukan mereka menggunakan (menghabiskan) sebahagian besar waktu (masa) mereka untuk bekerja tidak kira siang atau malam. Akibatnya, mereka tiada masa untuk menyertai sebarang kegiatan sukarela anjuran pelbagai badan kebajikan. Misalnya, mereka bekerja kuat sepanjang hari atau sesetengahnya(sesetengah daripada mereka) terpaksa meninggalkan keluarga dan(hanya balik pada) balik pada hujung minggu. Pada hujung minggu itulah mereka mahu (meluangkan masa )bersama dengan keluarga.Oleh sebab itu, jika badan-badan kebajikan membuat(menganjurkan) aktiviti pada hujung minggu, mereka tidak akan menyertainya.
Sesetengah badan kebajikan gagal mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai. Selain itu, promosi tidak dijalankan secara meluas. Akibatnya, tidak banyak orang mengetahui kegiatan itu. Sesetengah badan kebajikan melakukan kegiatan yang sama, iaitu mengadakan aktiviti sacara gotong-royong atau mendermakan darah. Tidak banyak orang yang suka memberikan sumbangan tenaga untuk membersihkan(sesuatu) kawasan atau (menderma darah) memberikan sumbangan darah. Namun begitu, jika badan kebajikan dapat mengadakan aktiviti yang lebih menyeronokkan, umpamanya sukaneka atau hari keluarga di sesebuah taman perumahan, penyertaan daripada anggota masyarakat lebih menggalakan(menggalakkan). Dalam aktiviti seperti itulah kutipan derma dapat dilaksamanakan(dilaksanakan) untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, misalnya anak-anak yatim atau orang tua-tua(orang-orang tua).
Satu faktor lagi yang menyebabkan orang(orang ramai) enggan melibatkan dalam kegiatan kebajikan ialah mereka beranggapan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Dengan tanggapan begitu yang tersemat di jiwa, mereka tidak akan menyertai mana-mana badan kebajikan kerana mereka tidak memerlukan bantuan daripada badan-badan tersebut. Misalnya, mereka enggan menyertai kegiatan Rukun Tetangga kerana mereka mampu menyediakan(mengupah) pengawal untuk menjaga keselamatan mereka dan kaum keluarga mereka.
Sebagai kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini sewajarnya membentuk satu permuafakatan untuk merancang kegiatan yang lebih terancang dan mampu menarik orang ramai untuk menyertainya. Dengan adanya permuafakatan itu, mereka boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya memberi sumbangan wang bagi menggerakkan aktiviti mereka secara lebih aktif dan berkesan. (kurang sesuai)

* perkataan berwarna biru di atas adalah beberapa pembetulan menggunakan kata. Cikgu ingin anda semua beri perhatian kepada penggunaan kata yang lebih sesuai dan penambahabikan karangan penuh di bawah ini.

Di negara kita terdapat banyak badan kebajikan atau dikenali juga sebagai badan sukarela. Sesuai dengan namanya iaitu badan sukarela, anggotanya melakukan pelbagai aktiviti secara sukarela. Lazimnya sesebuah badan sukarela memberi tumpuan kepada sesuatu bidang tugas yang khusus seperti menjalankan aktiviti yang bertujuan menjaga kepentingan pengguna di negara ini. Masalah yang timbul kini ialah mengapakah orang ramai tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai badan kebajikan yang terdapat di negara ini?

Anggota masyarakat pada masa kini bersikap mementingkan diri sendiri. Bagi golongan ini, apa sahaja yang akan dilakkukan mestilah mengambil kira kepentingan diri mereka. Jika sesuatu aktiviti itu menggugat kepentingan mereka, mereka tidak akan melakukannya. Misalnya, mereka tidak mahu mengorbankan waktu berehat, makan angin, atau membeli-belah semata-matanya untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan walaupun mereka tahu bahawa kerja kebajikan dapat membantu mereka kurang bernasib baik dan merupakan amalan yang sangat baik. Kesedaran tentang kebaikan dan kepentingan kegiatan gotong-royong untuk membantu warga tua merupakan perbuatan yang mulia tetapi mereka enggan mengorbankan masa senggang mereka semata-mata untuk menyertai kegiatan kebajikan itu yang tidak memberi apa-apa pulangan yang setimpal.

Kebanyakan orang zaman sekarang sangat mementingkan keuntungan dalam hidup mereka dan sangat berkira. Dalam apa-apa juga tindakan yang diambil, perkiraan utama golongan ini adalah keuntungan atau ganjaran yang bakal diperoleh. Sekiranya sesuatu tindakan itu tidak memberi sebarang keuntungan peribadi, mereka enggan melibatkan diri. Dalam hubungan ini, sudah tentulah mereka tidak akan menyertai kegiatan sukarela yang dianjurkan oleh pelbagai badan kebajikan kerana kegiatan ini tidak membawa sebarang keuntungan peribadi. Malah, orang yang melibatkan diri dalam kegiatan sukarela atau kebajikan biasanya perlu membelanjakan sebahagian daripada wang mereka di samping tenaga dan masa.

Orang zaman sekarang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk mengumpulkan wang bagi menyediakan perbelanjaan hidup diri sendiri dan keluarga yang terus meningkat. Golongan ini sedar akan pentingnya menyertai kegiatan kebajikan tetapi tuntutan hidup telah memenuhi sebahagian besar masa mereka untuk bekerja tidak kira siang atau malam. Akibatnya, mereka tiada masa untuk menyertai sebarang kegiatan sukarela anjuran pelbagai badan kebajikan. Misalnya, mereka bekerja kuat sepanjang hari hinggakan ada sesetengah daripada mereka terpaksa meninggalkan keluarga dan hanya balik pada hujung minggu. Pada hujung minggu itulah mereka mahu menghabiskan masa bersama dengan ahli keluarga. Oleh sebab itu, jika badan-badan kebajikan menganjurkan aktiviti pada hujung minggu, mereka tidak akan menyertainya.

Sesetengah badan kebajikan gagal mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai. Selain itu, promosi tidak dijalankan secara meluas. Akibatnya, tidak banyak orang yang tahu akan wujudnya aktiviti seperti itu. Sesetengah badan kebajikan melakukan kegiatan yang lebih kurang sama pada setiap tahun, iaitu mengadakan aktiviti gotong-royong atau kempen derma darah. Tidak ramai orang yang suka menjalankan aktiviti gotong-royong yang memerlukan mereka mengerah tenaga untuk membersihkan sesuatu kawasan atau menderma darah mereka. Di samping itu, terdapat badan kebajikan dan badan sukarela yang tidak aktif dalam merancang aktiviti yang mampu melibatkan penyertaan orang ramai. Badan kebajikan yang tidak aktif ini hanya bergantung kepada bantuan tetap daripada pihak tertentu. Mereka tidak berusaha untuk mempromosikan badan kebajikan mereka. Tidak hairanlah orang ramai tidak sedar akan kewujudan badan kebajikan tersebut.

Satu faktor lagi yang menyebabkan orang ramai enggan melibatkan dalam kegiatan kebajikan ialah mereka beranggapan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Dengan tanggapan begitu yang tersemat di jiwa, mereka tidak akan menyertai mana-mana badan kebajikan kerana mereka tidak memerlukan bantuan daripada badan-badan tersebut. Misalnya, mereka enggan menyertai kegiatan Rukun Tetangga kerana mereka mampu mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan mereka dan kaum keluarga mereka.

Sebagai kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini sewajarnya melaksanakan kegiatan mereka dengan lebih kreatif dan mampu menarik orang ramai untuk menyertainya. Promosi dan kempen perlu diperhebat agar mendapat perhatian dan penyertaan orang ramai. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah dan usaha yang boleh dirancang dan dilaksanakan dalam Dengan adanya permuafakatan itu, mereka boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya memberi sumbangan wang bagi menggerakkan aktiviti mereka secara lebih aktif dan berkesan.

Penambah baikan Karangan Semangat Perpaduan oleh Eternal

Semangat Perpaduan

Dewasa ini, semangat perpaduan yang amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup telah meluntur dalam kalangan masyarakat. Memandangkan perkara ini kian serius, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk menyemai semangat perpaduan dalam semua lapisan masyarakat kususnya golongan remaja kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menyuntik semangat perpaduan dalam diri anak-anak kerana anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mewarnakan mereka.

Ibu bapa merupakan modal insan kepada anak-anak. Oleh itu, amatlah penting untuk ibu bapa mengamalkan semangat perpaduan yang dalam kehidupan supaya docontohi anak-anak. Semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak dengan cara bercerita. Bagaimana? Mudah sahaja. Ibu bapa harus menceritakan sejarah negara kita kepada anak-anak tentang bertapa susahnya negara kita ini mencapai kemerdekaan, jasa-jasa pemimpin kita untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dengan cara ini, anak-anak dapat memahami tentang kepentingannya perpaduan yang diamal dan diwarisi selama ini dan secara langsung, semangat perpaduan dapat ditanam hati mereka.

Sejajar dengan itu, semangat perpaduan juga dapat disemai melalui satu pergerakan yang mudah sahaja, iaitu bertegur-sapa dengan jiran apabila tersempak. Sepatah kata "helo" ataupun satu senyuman sudahpun mencukupi. Dengan cara ini, Pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Secara tidak langsung, semangat perpaduan yang jitu dapatlah disemaikan. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertegur sapa dengan jiran tetangga, mereka akan mencontohi gaya atau perbuatan ibu bapa mereka kerana ibu bapa ialah "role model" bagi anak-anak. Melalui cara ini, semangat perpaduan bukan sahaja disemai dalam orang dewasa, ia juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak.

Mengadakan rumah terbuka turut merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk memupuk semangat perpaduan. Biasanya rumah terbuka akan diadakan sempena musim perayaan. Tidak kira anda merupakan orang yang mungudang atau orang yang diundang, anda hanya perlu berseronok dalam majlis tersebut. Semua prejudis harus "dibuang" dan cubalah berkawan dengan mereka yang berlainan kaum tidak kira anda adalah orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Dengan ini, semangat perpaduan dapat ditanam di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Untuk menanam semangat perpaduan dalam masyarakat, amat penting untuk kami memahami dan menghormati adat resam kaum lain kerana negara kita ini berbilang kaum. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak untuk memahami dan menghormati adat resam kaum lain sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak memahami adat resam kaum lain, prejudis anak-anak terhadap kaum lain dapat dihapuskan manakala hubungan erat serta semangat perpaduan yang dalam dapat disemai jika adat dihormati dan bukannya dipandang rendah.

Konklusinya, sesebuah negara hanya akan bertambah maju sekiranya rakyatnya bersatu padu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kunci untuk mencapai sebuah masyarakat yang harmoni adalah semangat perpaduan. Justeru, semangat perpaduan haruslah dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana nasib negara bergantung kepada mereka kelak,

Komen:

1. Isi kurang
2. penggunaan kosa kata tidak tepat seperti modal insan (anak-anak merupakan modal insan yang perlu dididik) bukan ibu bapa
3. huraian isi kurang dapat menunjukkan cara semangat perpaduan dapat dipupuk dalam jiwa anak-anak.
* cikgu hanya cuba membaiki mengikut apa yang telah ditulis.


Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang kuat dan maju merupakan negara yang terdiri daripada rakyatnya yang mempunyai semangat perpaduan yang utuh. Semangat perpaduan amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup dalam kalangan masyarakat apatlah masyarakat yang berbilang bangsa. Memandangkan semangat perpaduan kian luntur dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara kita, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk menyemai semangat perpaduan dalam semua lapisan masyarakat kususnya golongan remaja kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menyuntik semangat perpaduan dalam diri anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mewarnakan mereka.

Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Oleh itu, amatlah penting untuk ibu bapa mengamalkan semangat perpaduan dalam kehidupan supaya dicontohi anak-anak. Semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak dengan cara bercerita. Bagaimana? Mudah sahaja, ibu bapa harus menceritakan sejarah negara kita kepada anak-anak tentang betapa susahnya negara kita ini mencapai kemerdekaa. Jasa-jasa pemimpin kita dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dengan cara ini, anak-anak dapat memahami kepentingan perpaduan yang diamalkan dan diwarisi selama ini. Hal ini secara langsung dapat menanam semangat perpaduan dalam hati anak-anak mereka.

Sejajar dengan itu, semangat perpaduan juga dapat disemai melalui satu amalan yang mudah sahaja, iaitu bertegur-sapa dengan jiran apabila terserempak. Sepatah kata "helo" ataupun satu senyuman sudahpun mencukupi. Dengan cara ini, hubungan baik dapat dipupuk antara jiran serta mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Secara tidak langsung, semangat perpaduan yang jitu dapatlah disemai dalam jiwa anak-anak. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertegur sapa dengan jiran tetangga, mereka akan mencontohi amalan atau perbuatan ibu bapa mereka kerana ibu bapa ialah "role model" bagi anak-anak. Melalui cara ini, semangat perpaduan bukan sahaja disemai antara jiran tetapi dalam diri anak-anak.

Mengadakan rumah terbuka turut merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk memupuk semangat perpaduan. Biasanya rumah terbuka akan diadakan sempena musim perayaan. Tidak kira anda merupakan orang yang mengundang atau orang yang diundang. Rumah terbuka membuka dan menyediakan peluang yang cukup baik untuk interaksi rakyat berbilang kaum. Semua prejudis harus "dibuang" dan cuba mengenali budaya dan sambutan perayaan kaum lain. Memahami dan mengenali budaya dan perayaan kaum lain mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan dan yang menunjukkan rasa tidak hormat kepada kaum lain. Dengan ini, semangat perpaduan dapat ditanam di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Anak-anak yang mengenali budaya kaum yang berlainan sejak kecil lagi pasti akan belajar untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa yang merupakan elemen penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak untuk memahami dan menghormati adat resam kaum lain sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak memahami adat resam kaum lain, prejudis anak-anak terhadap kaum lain dapat dihapuskan manakala hubungan erat serta semangat perpaduan yang dalam dapat disemai jika adat dihormati dan bukannya dipandang rendah.

Konklusinya, sesebuah negara hanya akan bertambah maju sekiranya rakyatnya bersatu padu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kunci untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni adalah semangat perpaduan. Justeru, semangat perpaduan haruslah dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara hanya dapat dikekalkan dengan adanya generasi pelapis yang bersatu padu.

Jumaat, September 25, 2009

Penambah baikan Karangan KitYan - Sila Baca

Negara kita,Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Perpaduan antara kaum yang berbeza amat diutamakan kerana rakyat yang mempunyai semangat perpaduan dapat membantu dalam usaha untuk mencapai matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020 dijalankan dengan lancar.Usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat akan lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.Oleh sebab itu,ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting.

Negara kita,Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, perpaduan antara kaum yang berbeza amat diutamakan kerana rakyat yang mempunyai semangat perpaduan dapat membantu dalam usaha untuk mencapai matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020.Usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat akan lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.Tanggungjawab untuk memupuk semangat perpaduan terletak pada bahu ibu bapa yang secara langsung mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak.

Pak pepatah “bapa borek,anak intik”,ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Segala tingkah-laku tidak kira baik atau buruk akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Oleh itu,semangat perpaduan dapat disemai kepada genarasi muda dengan lebih berkesan sekiranya melalui ibu bapa.

Bak kata pepatah bapa borek,anak rintik, ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Segala tingkah-laku tidak kira baik atau buruk akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Jadi, ibu bapa patut menjalinkan hubungan yang baik dengan kaum lain agar dapat dijadikan suri teladan kepada anak-anak. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa dalam menjalin hubungan baik dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Secara tidak langsung semangat perpaduan dapat disemai dalam jiwa anak-anak.
Untuk menyamai semangat perpaduan,ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka selalu berkunjug ke rumah kaum lain terutamanya semasa hari perayaan.Sekiranya beberapa kaum yang berbeza dapat meraikan hari perayaan ,contohnya Tahun Baru Cina,Hari Raya dan Hari Deepavali bersama-sama,malah semangat perpaduan dapat dipupukan.Bukan itu sahaja,kita juga boleh mengambil kesempatan untuk memahami adat resam kaum lain contohnya cara menyambut hari perayaan.

Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka selalu berkunjug ke rumah kaum lain terutamanya semasa hari perayaan. Sekiranya beberapa kaum yang berbeza dapat meraikan sesuatu perayaan bersama-sama contohnya Tahun Baru Cina,Hari Raya dan Hari Deepavali. Anak-anak berpeluang untuk beramah mesra dengan kaum lain. Di samping itu, mereka juga akan menyelami dan memahami adat resam, budaya dan perayaan kaum lain. Semangat perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung kerana anak-anak mempelajari pentingnya menghormati adat resam dan budaya hidup kaum lain di negara kita jika anak-anak terlibat dalam sambutan sesuatu perayaan yang melibatkan kaum lain di negara kita.


Terdapat banyak aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum contohnya program PLKN ,RIMUP sering diadakan di sekolah.Tujuan utama mengadakan kedua-dua aktiviti ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid yang menyertainya menyentuh dan memahami murid-murid kaum lain.Dengan kaedah tersebut,semangat perpaduan juga dapat disemai.Ibu bapa pula patut memberi sokongan dan dorongan yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk menyertainya.

Terdapat banyak aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum contohnya program PLKN dan RIMUP. Program PLKN di bawah pengelolaan Kementerian Pertahanan berusaha untuk merapatkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan remaja berusia 18 tahun. Program ini mengumpulan remaja pelbagai bangsa dalam menjalani latihan semasa 3 bulan. Di kem PLKN, para peserta program yang terdiri daripada remaja pelbagai bangsa tinggal dan belajar bersama-sama. Program PLKN menyediakan platform yang cukup baik untuk remaja daripada pelbagai latar belakang berinteraksi dan saling berkenalan. RIMUP pula merupakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan. Pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan akan berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama. Tujuannya sudah pasti untuk memupuk semangat perpaduan. Sebelum adanya rancangan RIMUP didapati pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan jarang berinteraksi. Hanya sebilangan pelajar yang berpeluang berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar sekolah lain apabila mereka menyertai perkhemahan, pertandingan dan aktiviti sukan yang diadakan di peringkat daerah atau negeri. Oleh sebab itu, ibu bapa patut menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini kerana mampu memberi pendedahan yang cukup bermanfaat dalam hidup anak-anak selain menyemai semangat perpaduan mereka.


Ibu bapa boleh saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak pada masa lapang.Melalui bualan,genarasi muda dapat memahami dan juga mengingati sejarah bangsa nagara,peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dengan lebih senang.Di samping itu,bualan juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Ibu bapa boleh sering bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak pada masa lapang. Usaha ini membolehkan generasi muda memahami dan juga mengingati sejarah bangsa masing-masing. Sejarah bangsa Malaysia amat memerlukan pemahaman daripada remaja yang tidak pernah mengalami pahit-maung rakyat negara ini menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Ibu bapa yang menceritakan susur galur ini sudah pasti dapat mengingatkan anak-anak agar menghargai kemakmuran dan kemajuan yang tercapai pada hari ini yang bertunjangkan semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Anak-anak akan ingat dan menghargai kemakmuran yang dinikmati pada hari ini dengan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat.


Menonton filem dan drama merupakan kesukaan anak-anak.Dengan itu,ibu bapa patut menggalakkan anak-anak mereka sentiasa menonton filem dan drama yang bertema perpaduan. Harapkan semangat perpaduan dapat disemai kepada anak-anak melalui menonton.

Menonton filem dan drama merupakan aktiviti kesukaan anak-anak. Sebagai ibu bapa yang bijak dan prihatin akan kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, ibu bapa patut menggalakkan anak-anak mereka sentiasa menonton filem dan drama yang bertema perpaduan. Diharapkan melalui tontonan filem dan drama tersebut dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada anak-anak akan perihal kepentingan memupuk semangat perpaduan yang boleh dikatakan penentu kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Generasi muda merupakan harapan kita pada masa depan.Oleh sebab itu,usaha menyemai semangat perpaduan kepada mereka tidak boleh dipandang ringan.Walaupun ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemai semangat perpaduan tetapi bukan ibu bapa sahaja perlu berusaha malah semua pihak perlu bekerjasama.Dengan kerjasama semua pihak,barulah usaha tersebut dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Generasi muda merupakan harapan kita pada masa depan.Oleh sebab itu,usaha menyemai semangat perpaduan kepada mereka tidak boleh dipandang ringan/enteng.Walaupun ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemai semangat perpaduan tetapi bukan ibu bapa sahaja yang perlu berusaha tetapi sebenarnya semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Dengan kerjasama semua pihak,barulah usaha memupuk semangat perpaduan dapat dijalankan dengan lebih lancar