Jumaat, Disember 24, 2010

Selasa, Oktober 12, 2010

Tajuk Pilihan Karangan SPM 2010

1. Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga. Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut.

2. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda belum mencapai tahap yang memuaskan. Anda ingin mengemukakan cadangan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) anda agar amalan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah anda dapat ditingkatkan.

3. Perpaduan kaum perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran Negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

4. Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting. Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat tersebut.

5. Pada masa ini, masyarakat Malaysia kurang menitikberatkan amalam membaca sedangkan membaca memberikan pelbagai faedah. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memupuk minat suka membaca dalam kalanagan masyarakat Malaysia

6. Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja telah menjadi tanjuk utama akhbar-akhbar tempatan negara ini. Masalah semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram

7. Remaja hari ini gemar memakan makanan ringan. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesan pengambilan makanan ringan kepada remaja

8. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan olehKelab Komputer. Tajuk syarahan anda ialah “Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi dalam Kalangan Rakyat”. Sediakan teks syarahan itu sekelengkapnya.

9. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak terutama masyarakat mula memberikan perhatian serius terhadap gejala penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tulis rencana tentang usaha-suaha menangani masalah tersebut.

10. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan pembangunan di kebanyakan negara dalam pelbagai aspek. Ulaskan pernyataan di atas.

11. Semangat patriotisme perIu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri rnereka.

12. Keprihatinan dan kasih sayang ibu adalah penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalah tempatan Berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu selengkapnya.

13. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting daIam usaha menjanakan ekonomi sesebuah negara. Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembangan ekonomi negara tersebut.

14. Konsep Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Pendana Menteri kita mampu menjadi teras keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

15. Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di tempat anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Keluarga Memainkan Peranan Penting Melahirkan Anak-anak yang Cemerlang” . Tulis ceramah itu selengkapnya.

16. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar

17. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

18. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

19. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

20. Peranan jiran sangat penting dalam kehidupan berkomuniti. Jiran bukan sahaja berperanan sebagai ahli masyarakat setempat, malah menjadi orang yang paling dekat dengan kehidupan kita. Hal ini sesuai dengan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Tuliskan suatu karangan berdasarkan cogan kata tersebut menurut konteks masyarakat masa kini.

21. Warga emas sering diabaikan oleh anak-anak dan keluarga mereka sehingga terpaksa menumpang di rumah-rumah orang tua. Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuklah media massa. Anda ingin mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor pengabaian warga emas dan cara menanganinya. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

22. Penggunaan telefon bimbit amat berleluasa di negara kita pada masa ini. Boleh dikatakan hamper segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah menggunakan alat ini. Tulis rencana tentang kesan penggunaan alat ini kepada masyarakat.

23. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.

24. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.

25. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

26. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu bertanyakan penglibatan negara anda dalam membantu mangsa bencana alam pada peringkat antarabangsa. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.

27. Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

28. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.

29. Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

30. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

31. Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula. Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan institusi keluarga ini.

Khamis, Mei 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Esok, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Selamat Menduduki Peperiksaan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti dapat dikecapi.

Rabu, Mei 19, 2010

Guru Pilihan Pelajar 2010

Sambutan Hari Guru tahun ini dimeriahkan lagi apabila Kelab Media Baru mengadakan undian Guru Pilihan Pelajar 2010. Sebenarnya, ramai juga guru yang tersenarai seperti Pn. Sasikala, Pn. Jeya Rosa, Pn. Zaharah Harun, En. Gan Seik Chuan, Pengetua, En. Lau Koon Hing tetapi setakat ini, 6 orang guru telah dikenal pasti mendapat undi yang banyak. Mereka ialah:

Pn. Lam Yoke Ling, Pn. Chow Sau Yuan, Pn. Voon Ooi Yuen, Encik Chan Fook On, En. Chong Kim Foo dan Pn. Lee Hooi Ching.

Walau bagaimanapun, hanya 5 orang guru yang akan dipilih berdasarkan undi yang paling banyak. Keputusan akan diumumkan semasa perhimpunan.

Keputusan dan hadiah telah disampaikan oleh tuan pengetua kepada 5 orang guru berikut iaitu:

Pn. Chow Sau Yuan
Pn. Lam Yoke Ling
En. Chong Kim Foo
En. Chan Fook On
Pn. Lee Hooi Ching

SELAMAT HARI GURU 2010

Isnin, Mei 17, 2010

Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI GURU -GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Rabu, April 28, 2010

Majlis Pemantapan Program Nilam 2010

Hari ini, ada majlis Pemantapan Program Nilai di PKG Batu Gajah yang terletak di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Jaya. Disebabkan dua tahun cuti belajar, saya tidak tahu pun PKG sudah berpindah ke SK Seri Jaya.

Pelajar Yuk Kwan yang mengambil bahagian dalam program ini. Eh, eh, rajinnya membaca buku

Pelajar KRS yang bertugas, terharu melihat 2 orang pelajar tingkatan 5 yang membawa buku rujukan bersama untuk dibaca semasa waktu rehat
Kumpulan aktiviti " Baca Bersama" di bawah bimbingan saya

Ahad, Mac 28, 2010

Persembahan Pasukan Pancaragam

Kontingen Perbarisan

Pasukan Beruniform
Rumah Sukan (MERAH<KUNING<BIRU<HIJAU)

Ucapan Perasmian Kejohanan

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Pengelola Sekolah En. Tan Kim Hong PPT
Ucapan oleh Tuan Pengetua En. Lau Koon Hing

Rumah Sukan

Rumah Hijau
Rumah Biru
Rumah Kuning
Rumah Merah

Pasukan Beruniform

Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Kelab Leo
Pasukan Pengakap
Kadet Remaja Sekolah(Naib Johan)
Pasukan St. John Ambulance
(Pemenang Kawad Kaki Pasukan Beruniform)
Pancaragam Sekolah

Kejohanan Olahraga 2010

hadiah-hadiah kejohanan sukan

Selasa, Mac 16, 2010

Pengukuhan Tatabahasa

Betulkan ayat-ayat di bawah.

  1. Saya menunggunya selama dua suku jam
  2. Beratus pelajar-pelajar universiti yang memberontak itu ditahan polis
  3. Para peniaga harus melanyani setiap pelanggan-pelanggan dengan baik
  4. Kelima orang anaknya akan pulang bercuti di kampung minggu depan
  5. Beberapa pelajar yang keracunan itu dihantar ke hospital
  6. Setiap buah pendapat akan diberi perhatian oleh majikan
  7. Setiap orang pendatang tanpa izin yang ingin bekerja di negara ini perlu mendaftarkan diri
  8. Semangat kejiranan amat perlu dalam sebuah masyarakat
  9. Novel “Merdeka!Merdeka!” itu berharga sepuluh ringgit sebuku
  10. Beliau mengakhiri ucapannya dengan serangkai pantun

  1. Banyak pelajar tidak bersetuju akan cadangan Ravi untuk ke Pulau Kipas
  2. Encik Raj akan berpindah di Kajang di bulan depan
  3. Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung atas orang tuanya
  4. Rozlin menerima sepucuk surat dari ibunya di kampung
  5. Siti Laila tidak suka terhadap kucing
  6. Dia akan pulang kampung pada Hari Raya Puasa ini
  7. Para pelajar dinasihati supaya berkelakuan baik dan ikut peraturan sekolah
  8. Mereka menerus akan perjalanan yang jauh itu walaupun masing-masing keletihan
  9. Guru itu bertanyakan tentang khabar ibu bapa saya
  10. Azmil memperisterikan Azizah yang menjadi teman sepejabatnya

  1. Seri Maharaja memerintahkan pahlawan-pahlawannya berkubu betis untuk mempertahankan Singapura
  2. Dia berdiri maka memberikan jawapan
  3. Dia tidak akan pulang hingga tugas itu belum selesai
  4. Pekerja-pekerja itu akan terus berpiket hingga tuntutan mereka tidak dipenuhi
  5. Jangankan adik, malah abang tidak dapat menjawab soalan matematik itu
  6. Petani itu menjual beberapa keping tanahnya untuk menyara anaknya belajar di universiti
  7. Dialah yang beritahu saya tentang rahsia itu kelmarin
  8. Encik Wahid menghadiahkan ankanya dua helai buku
  9. Daripada catatan itu jelaslah bahasa Melayu sudah lama kembang
  10. Sudah berbulan lamanya dia tidak pulang ke kampung

  1. Pameran buku itu adalah yang terbesar sekali di antara yang pernah diadakan di Malaysia
  2. Pelancong-pelancong itu terpesona melihat akan penari-penari itu menari
  3. Anggota-anggota jawatankuasa telah berbincang perkara itu
  4. Mak Andam menduduki pengantin di atas pelamin itu
  5. Sebelum bertolak, baginda bersalam dengan penduduk kampung itu
  6. Rumah-rumah yang berdekatan Sungai Pahang ditenggelami air
  7. Air mata membasahkan pipinya
  8. Sudah seminggu lamanya Ramesh tidak hadir sekolah
  9. Sajak-sajak ini dihasilkan olehku semasa menuntut di luar negeri
  10. Kamus perlu dirujuk oleh anda jika anda menemukan kata-kata yang sukar

  1. Tanah yang terbiar di kampung itu telah para belia kampung itu majukan
  2. Pihak polis mereka hubungi setelah kejadian itu berlaku
  3. Duit yuran itu akan disampaikan oleh saya kepada guru tingkatan
  4. Penduduk kampung itu membeli barang-barang keperluan harian mereka di Malik Kedai Runcit
  5. Kebersihan di kawasan ini kita perlu jaga
  6. Murid-murid itu patuh arahan guru
  7. Kerja ini kamu mesti siapkan sebelum pukul lima petang
  8. TV3 bercadang untuk menyiarkan semula rancangan kartun itu
  9. Semasa kedudukan Jepun, banyak rakyat Tanah Melayu yang menderita
  10. Beberapa orang pemuda yang disyaki melibatkan dalam kes rompakan itu ditahan polis

  1. Kerajaan berusaha untuk meningkat pendapatan rakyat agar mereka hidup bahagia
  2. Pengetahuan kita akan menambah jika banyak membaca buku
  3. Janganlah cuba memperlindung masalah kamu
  4. Dia tepuk sejak kecil lagi
  5. Oleh sebab dia pandai bermuka di hadapan ketua pejabatnya, apa-apa saja kehendaknya dipenuhi.
  6. “Kami mengukus ketupat di belakang rumah”, kata Syukri dan Syahmi kepada Nirmala
  7. Badan adik bergoyang kerana kesejukan
  8. Aliah memperolehi markah yang paling tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
  9. Semasa kilat sambar-menyambar, Pak Man menyembunyi di bawah pokok ketapang
  10. Alina telah menyaringkan suaranya ketika memanggil saya tadi

  1. Hasratnya hendak mendalamkan bidang ilmu psikologi akhirnya kesampaian juga
  2. Pak Abu cuba memperkuatkan ikatan seberkas rotan yang dikumpulnya di kaki Gunung Selampit itu
  3. Emak berharap agar kejadian itu bukan membawa pertandaan buruk kepada keluarganya
  4. “Tolong panggillah pemuda di sebelah awak itu” kata perempuan tua itu
  5. “Bas yang kita naiki telah mengalami kerosakan ketika tiba di Sungkai,” terang Alim dan adiknya kepada ibu mereka
  6. “Cik, silakan duduk dahulu, sebentar lagi doktor akan datang”, kata jururawat kepada perempuan yang mengandung itu
  7. Sumbangan itu diserahkan pada Azrul oleh Tuan Pengetua semasa mesyuarat PIBG semalam
  8. Atikah terjaga daripada tidur bila terdengar suara seseorang memanggil namanya
  9. Amir tidak percaya yang lelaki itu terlibat dalam penangihan najis dadah
  10. Walaupun hujan turun dengan lebat pada malam tadi, tetapi air sungai itu tidak melimpah

  1. Isham mendapat sebuah pengalaman yang cukup berharga ketika berada di sebuah kampung di pedalaman Sabah
  2. Mila memasukkan beberapa kerat bawang ke dalam sayur yang sedang digorengnya
  3. Nenek memberitahu Lili bahawa hempas kelapa boleh digunakan untuk melembutkan kulit
  4. Datuk melarang kami mengganggu kerja-kerja pedalaman perigi di belakang rumah yang hampir kering itu
  5. Emak menghidangkan goreng cempedak kepada tetamunya pada petang itu
  6. Emak sangat kesal kejadian yang menimpa keluarga kami
  7. Nelly tidak suka sikap abangnya yang suka mengambil barang-barangnya tanpa memberitahunya terlebih dahulu
  8. Adik berlari sekuat-kuat hatinya apabila ternampak perempuan yang tidak siuman itu
  9. Pihak polis berjaya menangkap penjenayah itu berdasarkan pada maklumat daripada beberapa orang penduduk di situ
  10. Warna baju kurung itu cantikkah?

  1. Di dalam pandangan saya, masalah tersebut dapat diatasi jika mereka bekerjasama untuk menyelesaikannya
  2. Alia berjanji mengulang kaji pelajaran dengan Sarina pada hari Sabut nanti
  3. Suasana di pasar borong itu sangat tunggang-langgang dengan suara orang ramai yang tawar-menawar dengan para peniaga
  4. Penembak yang dilepaskan oleh pemburu itu tepat mengenai sasarannya

Simpulan Bahasa

Ulat buku / Titik Peluh /Ringan tulang /Baik hati /Pak Pandir /Otak cair /Sakit hati /Tahi lalat /Cahaya mata /Kaki sembang /Sekangkang kera /Ambil berat /Anak buah /Berpeluk tubuh /Anak emas /Sakit hati /Buah hati /Pekak badak / Lintah darat /Kera sumbang /Membabi buta /Salin tak tumpah /Kucing bertanduk /Tanah air

Isi tempat kosong dengan Simpulan Bahasa yang sesuai:

1.Dia merupakan seorang yang pentingkan diri, jika orang lain ada kesusahan dia akan _________sahaja

2.Cikgu selalu memuji Ahmad kerana dia seorang yang ___________, banyak latihan dapat dibuatnya.

3.Kita hendaklah menjadi seorang yang _________dan selalu menolong orang lain yang berada dalam kesusahan

4.Di belakang tubuh bapa ada sebiji___________yang sangat besar

5.Ah Lee menjadi _________kepada Encik Thomas dan Puan Theresa. Mereka sangat menyayangi anaknya itu

6.Puan Hamidah baru melahirkan seorang________di hospital semalam.

7.Jangan menjadi seperti Ahmad yang sangat malas, kita perlu menjadi seorang yang_____________.

8.Malaysia adalah______________saya. Saya cintakan negara saya Malaysia

9.Penghulu itu menyuruh ___________nya bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

10.Pelajar-pelajar mesti ____________tentang pelajaran mereka selalu.

11.Emaknya __________apabila melihat anaknya yang sangat nakal itu

12.Kawan saya memang seorang_________kerana selalu ada sahaja buku di tangannya.

13. Dia menangis sepanjang hari kerana__________nya sudah dikebas oleh orang lain.

14.Wajahnya ______________dengan wajah kakaknya kerana mereka adalah anak kembar.

15.Dia selalu dikertawakan oleh rakan-rakannya kerana sikapnya seperti_____, selalu melakukan perkara yang bodoh.

16. ____________ibu bapanya selama ini berhasil apabila dia dapat memasuki universiti.

17.____________itu tidak suka bergaul dengan orang lain, selalu duduk seorang diri.

18.Dia ingin terbang seperti burung di angkasa, keinginannya tidak akan tercapai kerana mana ada_______

19.Tanah itu tidak sesuai digunakan untuk pertaniannya atau penternakan kerana keluasannya hanya_____

20. Dia memang merupakan seorang _________, kerana dari pagi tadi dia bercakap tidak berhenti-henti.

21.Ahmad tidak akan berjaya kerana dia selalu membuat kerja secara__________, tidak berhati-hati.

22.Kamu tidak perlu bercakap dengannya, walau sekuat mana suaranya dia tidak akan dapat dengar kerana dia memang seorang yang ____________

23.Dia dipukul dengan teruk oleh _________itu kerana dia meminjam wang daripada mereka dan tidak mampu hendak membayar.