Platform Perbincangan tentang Penulisan Karangan dan Hasil Karya Pelajar
Sabtu, November 14, 2009
Papan Notis : Bahasa
Halo pelajar kelas 4Y, 4U dan 4K, peperiksaan akhir tahun dah tamat. Semoga mendapat keputusan yang memuaskan. Hari ini, cikgu ke Kuala Lumpur dan ternampak papan notis ini dan ingin berkongsi dengan anda semua. Kenal pasti bahasa yang digunakan dalam papan notis ini dan nyatakan pandangan. Sekian, terima kasih.
Cikgu dah semak Kamus Dewan Edisi Ketiga, tiada perkataan siarkaki, mungkin edisi keempat ada perkataan ini, saya akan semak esok di sekolah. Siarkaki di sini adalah merujuk kepada kaki lima.
Pembetulan:
BalasPadamdiatas → di atas
siarkaki → siar kaki - -(Entah betul atau tidak)
cikgu dah semak dalam Kamus Dewan online, tiada rekod perkataan siarkaki.
BalasPadamOh, rasanya saya pernah melihat penggunaan perkataan “siarkaki”sebelum ini......
BalasPadamJadi,perkataan ini hanyalah bahasa pasar?
Cikgu dah semak Kamus Dewan Edisi Ketiga, tiada perkataan siarkaki, mungkin edisi keempat ada perkataan ini, saya akan semak esok di sekolah.
BalasPadamSiarkaki di sini adalah merujuk kepada kaki lima.
Em, saya pun tidak pernah nampak perkataan "siarkaki".
BalasPadam"Diatas" -> Di atas
memang betul, cikgu pun tak pernah lagi nampak penggunaan siarkaki dan cikgu telah menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat pun tidak ada perkataan ini.
BalasPadamBerikutan ialah artikel yang menggunakan perkataan "siar kaki" , namun agak aneh kerana perkataan ini tidak terdapat dalam kamus - -
BalasPadamhttp://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm
Emm...saya tidak pernah dengar ataupun lihat perkataan "siarkaki" juga...perkataan "diatas" adalah salah, "di atas" baru betul...
BalasPadam