Selasa, Oktober 12, 2010

Tajuk Pilihan Karangan SPM 2010

1. Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga. Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut.

2. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda belum mencapai tahap yang memuaskan. Anda ingin mengemukakan cadangan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) anda agar amalan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah anda dapat ditingkatkan.

3. Perpaduan kaum perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran Negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

4. Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting. Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat tersebut.

5. Pada masa ini, masyarakat Malaysia kurang menitikberatkan amalam membaca sedangkan membaca memberikan pelbagai faedah. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memupuk minat suka membaca dalam kalanagan masyarakat Malaysia

6. Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja telah menjadi tanjuk utama akhbar-akhbar tempatan negara ini. Masalah semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram

7. Remaja hari ini gemar memakan makanan ringan. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesan pengambilan makanan ringan kepada remaja

8. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan olehKelab Komputer. Tajuk syarahan anda ialah “Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi dalam Kalangan Rakyat”. Sediakan teks syarahan itu sekelengkapnya.

9. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak terutama masyarakat mula memberikan perhatian serius terhadap gejala penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tulis rencana tentang usaha-suaha menangani masalah tersebut.

10. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan pembangunan di kebanyakan negara dalam pelbagai aspek. Ulaskan pernyataan di atas.

11. Semangat patriotisme perIu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri rnereka.

12. Keprihatinan dan kasih sayang ibu adalah penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalah tempatan Berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu selengkapnya.

13. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting daIam usaha menjanakan ekonomi sesebuah negara. Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembangan ekonomi negara tersebut.

14. Konsep Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Pendana Menteri kita mampu menjadi teras keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

15. Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di tempat anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Keluarga Memainkan Peranan Penting Melahirkan Anak-anak yang Cemerlang” . Tulis ceramah itu selengkapnya.

16. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar

17. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

18. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

19. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

20. Peranan jiran sangat penting dalam kehidupan berkomuniti. Jiran bukan sahaja berperanan sebagai ahli masyarakat setempat, malah menjadi orang yang paling dekat dengan kehidupan kita. Hal ini sesuai dengan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Tuliskan suatu karangan berdasarkan cogan kata tersebut menurut konteks masyarakat masa kini.

21. Warga emas sering diabaikan oleh anak-anak dan keluarga mereka sehingga terpaksa menumpang di rumah-rumah orang tua. Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuklah media massa. Anda ingin mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor pengabaian warga emas dan cara menanganinya. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

22. Penggunaan telefon bimbit amat berleluasa di negara kita pada masa ini. Boleh dikatakan hamper segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah menggunakan alat ini. Tulis rencana tentang kesan penggunaan alat ini kepada masyarakat.

23. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.

24. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.

25. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

26. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu bertanyakan penglibatan negara anda dalam membantu mangsa bencana alam pada peringkat antarabangsa. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.

27. Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

28. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.

29. Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

30. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

31. Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula. Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan institusi keluarga ini.

6 ulasan:

  1. sama-sama, menaruh harapan agar pelajar 5Y dapat skor cemerlang dalam BM SPM, cikgu tak dapat mengharapkan pelajar 5K sebab mereka tidak menunjukkan kesungguhan dan kesanggupan untuk berusaha ke arah kecemerlangan, sedihnya.

    BalasPadam
  2. Cikgu , sebenarnya saya agak keliru dalam soalan karangan umum ...
    Haruskah saya fokus dalam isi karangan atau penggunaan kosa kata ?
    Seperkara lagi , banyak pelajar kelas 5Y lemah dalam soalan komsas.Banyak yang gagal menjawab soalan-soalan komsas . Jadi , haruskah mereka hanya memberi prioriti kepada topik-topik ramalan sahaja?

    BalasPadam
  3. penulisan karangan umum memerlukan isi dan bahasa, anda tidak boleh membuat pilihan untuk memberi fokus sama ada isi atau kosa kata. wajib 5 isi kalau dapat menulis 6 atau 7 isi lagi bagus. Panjang karangan mesti melebihi 350 patah kalau dapat menulis hingga 500patah perkataan adalah bagus tetapi bahasa perlulah gramatis kalau tidak akan menjejaskan keseluruhan karangan.
    Soalan Komsas sebenarnya mudah saja untuk diwajib sebab hanya 3 soalan yang ditanya, yang pertama, jawapan ada dalam petikan, kedua, soalan KBKK, untuk soalan ini, anda harus meramalkan apa yang akan ditanya seperti kalau Cerpen Lambaian Malar Hijau, pasti tentang orang asli, tentang pendidikan, tentang alam sekitar, tentang hutan, jadi soalan pasti akan tanya bagaimana hendak memajukan orang asli,mengapakah pendidikan penting, bagaimana mengatasi masalah pencemaran, bagaimana menghentikan pembalakan haram, apakah puncanya dan lain-lain, soalan ketiga, tentang aspek komsas, biasanya akan tanya tentang watak & perwatakan, persoalan, nilai dan pengajaran (dalam petikan dan dalam keseluruhan cerpen/drama). sebenarnya, bahagian ini tidak perlu anda hafal, yang penting anda tahu akan ceritanya, perwatakan, persoalan, nilai dan pengajaran adalah berkait, cuma cara menjawab sahaja yang membezakan keempat-empat ini. Kena banyak buat soalan komsas untuk mengetahui apa yang akan ditanya, kalau anda buat dengan banyak, anda akan mendapati bahawa soalan yang dikemukakan adalah lebih kurang sama saja. Harap dapat membantu.

    BalasPadam
  4. If you're trying hard to burn fat then you absolutely have to try this totally brand new tailor-made keto meal plan.

    To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness trainers, and professional cooks united to provide keto meal plans that are efficient, painless, money-efficient, and fun.

    From their grand opening in January 2019, 1000's of clients have already transformed their body and health with the benefits a good keto meal plan can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan.

    BalasPadam