Sabtu, Oktober 10, 2009

Karangan Mat Rempit

Soalan

  1. Aktiviti perlumbaan haram sangat diminati oleh golongan remaja walaupun kadang-kadang aktiviti ini berakhir dengan tragedi,tetapi masih ramai lagi yang tidak serik-serik menyertai perlumbaan itu,malah mereka berasa bangga dikenali sebagai “Mat Rempit”. Bincangkan sebab-sebab aktiviti ini semakin diminati dan langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Dalam era globalisasi dan liberalisasi ini , aktiviti perlumbaan haram semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat.Aktiviti ini semakin mendapat tempat dan diminati oleh golongan remaja walaupun mereka mengetahui(bahawa) aktiviti tidak bermoral ini akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. (Hal) hal ini dapat kita lihat melalui (laporan)media massa mengenai aktiviti lumba haram yang tidak sihat ini. Kegiatan ini bukan sahaja membawa padah kepada individu malah menjejaskan (ketenteraman) masyarakat dan merosakkan imej Negara(negara) di mata dunia. Oleh itu, faktor-faktor yang mendorong(remaja terjebak dalam) aktiviti ini seharusnya(perlu) dicari(dikaji dan diselidik) sehingga ke akar umbi agar jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif dapat dilaksanakan untuk membendung masalah ini.

Perenggan isi pertama perlu merupakan isi utama ( faktor yang paling menyumbang kepada aktiviti merempit :- iaitu kemantangan/ ego dan ganjaran yang menanti)

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti‘Mat Rempit’ ini semakin diminati adalah disebabkan kekurangan(kurang) kawalan dan kasih saying daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang kurang (mendapat) pengawasan daripada ibu bapa mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dunia menyebabkan anak-anak mereka terbiar (tanpa) hala tuju. Akhirnya, para remaja mencari ketenangan dan hiburan dengan melakukan aktiviti perlumbaan haram dan menjadi ‘Mat Rempit’ sebagai (jalan keluar) daripada kesunyian yang menyelubungi jiwa remaja ketika keseorangan di rumah. Selain itu, ibu bapa yang tidak mempunyai masa dan ruang untuk mendidik anak sama ada didikan agama ataupun pembentukan peribadi yang mulia menyebabkan anak-anak tidak mempunyai iman dan pendirian yang tegas dan mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit kerana mudah terpengaruh dan tidak mampu menepis godaan. Ibu bapa yang tiadak menjalani(tidak melaksanakan) tanggungjawab mereka akan menyebabkan anak mereka yang kehilangan(ketandusan) kasih sayang terlibat dalam gejala ‘Mat Rempit’ sebagai langkah untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka.

Selain iitu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan golongan muda(remaja) menyertai aktiviti haram ini. Hal ini disebabkan,golongan remaja akan menghabiskan hampir separuh hari (kebanyakan masa mereka )bersama-sama rakan sebaya di sekolah. Ajakan dan pujukan rakan tidak mampu ditolak. Apabila menyaksikan aksi “Mat Rempit’ yang berbahaya dan mencabar, berputik dalam jiwa remaja rasa ingin cuba. Remaja akan cuba dan merasai sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, gelaran ‘Mat Rempit’ seolah-olah memberi pengiktirafan kepada remaja akan kejantanan atau kelelakian, kehebatan , kejaguhan mereka. Mereka akan lebih diminati oleh ramai gadis dan mudah mendapat sokongan daripada rakan-rakan . Hal ini menyebabkam ramai remaja seakan-akan ketagih dengan aksi merempit ini.

Faktor kewangan (ganjaran) juga menjadi salah satu faktor aktiviti ini diminati oleh golongan muda(remaja). Perlumbaan haram ini melibatkan aktiviti perjudian, wang pertaruhan kadang-kadang mencecah angka beribu-ribu ringgit. Kadang-kadang bukan ganjaran wang yang dikejar tetapi gadis bohsia yang dijadikan pertaruhan kepada pemenang perlumbaan. Pemenang berpeluang menikmati hubungan seks secara percuma. Godaan ini memang menjadi tarikan yang tidak mampu ditolak oleh remaja kerana berpeluang mengadakan hubungan seks dengan gadis bohsia dapat menjawab seribu satu persoalan yang menghantui mereka tentang seks. Kepuasan nafsu ini menjadi daya pendorong kepada golongan remaja dalam aktiviti merempit

Masalah Mat Rempit ini ibarat barah yang tumbuh dalam badan kita. Barah ini mampu melemahkan dan menjejaskan kualiti modal insan yang ingin dilahirkan oleh negara. Golongan Mat Rempit ini perlu disekat daripada terus membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai platform yang menunjukkan kehebatan dan kejaguhan mereka dalam perlumbaan. Antara jalan penyelesaiannya adalah menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlu mengendalikan (menggubal) undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan Mat Rempit yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hukuman seperti sebatan dan penjara boleh dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang lain (remaja lain) agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini. Selain itu, penonton yang menyaksikan perlumbaan dan aksi Mat Rempit ini turut perlu ditangkap dan dikenakan hukuman kerana memberi sokongan kepada Mat Rempit. Hal ini adalah kerana sokongan dan tepukan serta sorakan penonton inilah yang menaikkan semangat dan ego Mat Rempit.

Selain itu, kerajaan atau pihak swasta boleh mewujudkan (membina) sebuah litar lumba yang sesuai dan selamat seperti di Sepang untuk golongan muda. Kewujudan litar perlumbaan ini boleh digunakan oleh golongan Mat Rempit ini dengan mengenakan bayaran yang lebih murah supaya golongan ini boleh menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa membahayakan penggunaan jalan raya yang lain. Aktiviti perlumbaan boleh dianjurkan untuk menarik penyertaan Mat Rempit daripada membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Sukan permotoran yang sememangnya berpotensi menaikkan nama negara di persada dunia harus diketengahkan agar golongan Mat Rempit ini berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam sukan permotoran seperti Perlumbaan Grand Prix Petronas, Motocross Malaysia dan lain-lain.

Akhir sekali ,didikan agama perlu dititikberatkan. Jangan kita hanyut dibawa arus pemodenan sehingga lupa peri pentingnya didikan agama kepada golongan remaja. Bak kata melentur aur biarlah dari rebungnya. Didikan yang diberikan sejak kecil lagi mampu menjadikan benteng yang cukup kuat dalam menangkis pengaruh dan godaan yang mendatang. Malahan berupaya melahirkan remaja yang tahu membezakan baik daripada buruk, halal daripada haram, wajib daripada sunat. Mereka akan bijak dalam membuat pilihan dan tahu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Dengan adanya didikan agama yang mantap, seseorang itu tidak mudah terjebak dan mengamalkan gaya hidup yang tidak bermoral kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni.

Perlumabaan haram yang dijalankan oleh golongan Mat Rempit ini memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Aktiviti ini bukan sahaja mengundang maut malah membantutkan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa depan. Malang tidak berbau. Oleh itu, isu Mat Rempit tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun. Masalah ini masalah kita semua. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini daripada terus merebak kerana golongan remaja merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

Daripada :Sho Sin Hua U6B

SMK METHODIST (A.C.S) Sitiawan

· Penggunaan kata perlulah konsisten – kalau gunakan kata “remaja” gunakannya secara konsisten dalam karangan anda, jangan sekejap gunakan “golongan muda” sekejap “ remaja” : adalah sesuai gunakan remaja kerana itu yang ditekankan dalam tajuk

· Isi masih tidak mencukupi dan kurang bernas

· Isi tidak dikembangkan dengan menyeluruh

· Pemerengganan tidak konsisten, ada perenggan isi yang dapat dikembangkan dengan baik , ada pula tidak (setiap perenggan perlu lebih kurang dari segi panjang supaya tidak memperlihatkan bahawa anda tidak dapat mengembangkan sesetengah isi dengan baik

· Bahasa adalah memuaskan walau bagaimanapun kurang menarik kerana kurang penggunaan kosa kata menarik serta peribahasa.

· Pengolahan (cara mengolah isi/cara mengembangkan isi/ cara menghurai isi) juga didapati kurang menarik dari segi susunan

Isi-isi

1. Sikap remaja sendiri – ego, ingin tunjuk kehebatan, tidak matang, mudah terpengaruh ( langkah : didikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, peka dan tahu di mana anak-anak mereka pada setiap masa, memberi suri teladan kepada anak-anak, melentur aur biarlah dari rebungnya)

2. Pengaruh rakan sebaya – mudah termakan janji manis rakan, ingin diterima dalam kumpulan dan sanggup membuat apa sahaja, pantang dicabar rakan sebaya, suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing ( remaja mesti bijak memilih kawan, jauhkan diri dari kutu embun, mesti berpendirian teguh, mempunyai iman yang kuat – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan)

3. Sikap masyarakat – tidak mengendahkan perbuatan Mat Rempit, tidak membuat laporan, bersikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, takut dituduh menjaga tepi kain orang ( menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaporkan kes rempit, memberitahu jiran jika mendapati anak jiran terlibat dalam kegiatan merempit)

4. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan tidak konsisten, kenderaan(motor) hanya disita, sepatutnya empunya motor tidak dikembalikan kepada remaja (kalau tidak ada motor, tidak ada Mat Rempit)- kuatkuasakan undang-undang, ibu bapa dipertanggungjawabkan jika anak mereka merempit, menambah kekuatan pasukan polis dalam menjalankan operasi penangkapan mat rempit

5. Media massa – selalu menyiarkan aksi merempit seolah-olah mereka adalah wira dan jaguh , mendorong aksi merempit. : patut menyiarkan keburukan merempit seperti dicekup polis, ditimpa kemalangan, mengalami kecederaan, malah menempa maut, menyiarkan kesan merempit seperti dipenjarakan, dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan lain-lain.

6. Bantuan tonto ; kumpulan rempit mempunyai bantuan tonto yang menyampaikan maklumat tentang operasi yang dijalankan oleh polis trafik dan JPJ. Tonto telah membantu mat rempit memboloskan diri daripada dicekup polis. (menumpaskan golongan tonto, mengenakan hukuman dan denda kepada golongan ini, didakwa dalam mahkamah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan