Selasa, Mac 16, 2010

Kata Hampir SAMA

belok, belut, belot /golongan, gulungan /berkas, bekas, berkat /bina, bena
cocok, cucuk /rasmi ,resmi / menggubal, menggubah /Seloroh, seluruh / menyimbah, menyembah / telor, telur /pendapat, pendapatan /tembok, tembuk / bergegar,berlegar /
tempoh, tempah, tempuh /menonton, menuntun /sesat,sesak /retak,tetak, retas /saing,siang /tepuk, tepok /celah,cerah /lulus, lurus / kerja, kejar /melulu, meluru / hamba, hampa, hambar / silam,siram /halus, harus /rangup,rapuh /pedalaman, pendalaman
bengkok, bongkok, bengkak

Isi tempat kosong dengan kata hampir sama yang tertera di atas :

1. Kepalanya __________setelah terhantuk pada dinding simen itu
2. orang tua itu selalu dipersendakan kerana dia ___________
3. dia tidak dapat menulis dengan tangan kanannya kerana tangannya _______
4. Sila______tangan seru pengerusi majlis itu
5. ___________pokok dua kali sehari pesan ibu kepada kakak
6. Peristiwa __________usah dikenangkan lagi
7. ranting kayu itu ____________, jadi janganlah anda memijaknya
8. keropok undang itu sungguh______________dan sedap dimakan
9. jangan suka membuat kritikan secara __________
10. seorang anggota polis _________ke tengah jalan untuk menyelamatkan budak itu
11. Wahab meluruskan dawai yang ___________itu
12. kita harus mencontohi ____________padi, makin berisi, makin tunduk
13. bahasa _____________negara kita ialah Bahasa Melayu
14. _________negara merayakan hari kebangsaan
15. _______yang disampaikannya menyebabkan ramai yang ketawa terbahak-bahak
16. harga sebiji__________adalah RM0.30
17. ________percakapannya menunjukkan dia berasal dari negeri Kelantan
18. Pak Ali membina ___tembok______yang tinggi untuk melindungi tanamannya
19. bajunya sudah ___tembuk__________kerana digigit tikus
20. pinggan mangkuk yang sudah ____retak______jangan digunakan lagi
21. Pembunuh kejam itu saya_____tetak_________beberapa kali.
22. jahitan seluarnya sudah ____retas_____________
23. Encik Lim termasuk dalam ______golongan____________orang kaya
24. ___Gulungan________________rokok daun itu kepunyaan siapa?
25. perbuatannya itu tidak akan kami__bena_________________
26. bangunan itu akan kami ____bina__________secepat mungkin
27. ajaran___sesat___________perlu dijauhi agar hidup bahagia
28. jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur sungguh ______sesak____________
29. dia mengintai gerak-geri pengedar VCD cetak rompak di ________pokok yang rendang itu

30. Jabatan Kaji Cuaca meramalkan cuaca pada hari adalah ____________
31. Pencuri itu saya______selama satu jam sebelum berjaya menangkapnya
32. ___________membaiki jalan ke kampung itu sedang giat dijalankan
33. Emak berasa _______apabila mengetahui Samad gagal dalam peperiksaan PMR
34. __________tidak bersalah , kata Hang Tuah kepada Hang Jebat
35. masakan emak pada hari ini sungguh __________
36. raga itu ___________buatannya
37. kita ______bekerjasama apabila menghadapi masalah.
38. ____Pendalaman_____________sungai sedang giat dijalankan di kampung itu
39. Penduduk di kawasan _______akan mendapat bekalan elektrik tidak lama lagi
40. cikgu memberi kami____________tiga hari untuk menyiapkan projek Sejarah.
41. kuih-muih sudah saya _____________semalam
42. pelbagai cabaran harus kita _____jika ingin memperoleh kejayaan
43. kita semua adalah _________Allah
44. pada masa lapang, saya suka _______televisyen
45. Dia __________basikalnya ketika hendak melintas jalan
46. negara kita mempunyai daya ________yang tinggi dalam pasaran antarabangsa
47. Ikan itu telah saya __________sebelum diperap selama satu jam setengah
48. dia membeli dua __________kayu api semalam
49. « kita perlu ____________penjenayah yang berbahaya itu » kata Inspektor Ali
50. ________usahanya, dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
51. Bapa membeli 30 _________satay untuk makan malam kami sekeluarga
52. Pasangan mempelai itu memang __________, bagai pinang dibelah dua
53. Pencipta lagu itu sedang __________lagu untuk penyanyi terkenal itu
54. Kerajaan akan _______rang undang-undang baru berkaitan dengan kes ragut
55. Manusia pada Zaman Mesolitik _________batu sebagai Tuhan mereka
56. budak itu _______________badan abangnya dengan air sehingga basah
57. Pada _______________saya, dia tidak layak mendapat biasiswa itu
58. _________bapa Siew Li sebulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga
59. letupan itu menyebabkan rumah di kawasan itu __________
60. dia sudah ________di situ selama dua jam
61. Biskut yang dibeli oleh ibu telah saya simpan di dalam __________kedap udara.
62. Saya suka makan ikan __________masak lemak.
63. Kelawar hanya akan keluar mencari makanan pada waktu, malam, tidak pada waktu ____.
64. Encik Leong merupakan _________Pengerusi Persatuan Taman Perdana.
65. Pn. Salmah pandai _____________bunga.

Latihan ini cikgu sediakan kerana mendapati ada sesetengah pelajar tidak dapat membezakan kata-kata yang hampir sama bunyi dan penulisannya. Jawapan akan disertakan kemudian. Selamat Mencuba.

Isnin, Mac 08, 2010

Jumpa Esok

Selamat berjumpa kembali kepada pelajar-pelajar Yuk Kwan yang masih mengenali cikgu ini. Namun tak pasti lagi apa subjek dan kelas yang akan cikgu ajar nanti. Tunggu hinggalah esok. Selamat Menduduki Ujian Bulanan Mac. Selamat Maju Jaya

Khamis, Februari 18, 2010

Kembali Ke Sekolah

Dua minggu lagi, cikgu kemungkinan besar akan kembali ke sekolah untuk mengajar. Walaupun penulisan tesis belum siap sepenuhnya tetapi cuti belajar yang diberikan oleh KPM telah tamat pada 7 Mac akan datang.
Sudah berjumpa dengan pengetua, beliau menyokong cikgu untuk kembali berkhidmat di sekolah. Kalau tidak ada sebarang aral, dapatlah cikgu berjumpa dengan anda semua pada 8 Mac 2010.

Ahad, Januari 03, 2010

EduWeb - Novel Julia

Kepada semua pelajar penulisan blog,
Tahun ini anda akan membaca novel yang bertajuk Julia. Jika ada sesiapa yang tidak berapa suka membaca novel tersebut, bolehlah menonton cerita ini laman EduWeb, taipkan perkataan Julia dalam aplikasi carian, anda akan dapat melihat episod Julia seperti Doa untuk Mama, Pengurus Muda, Persimpangan Duka dan lain-lain. Anda juga boleh daftar diri dan boleh memuat turun video Julia ini. Selamat menonton.

Jumaat, Januari 01, 2010

Tahun 2010

Selamat tahun baharu 2010 kepada semua pelajar. Cikgu berharap pada tahun ini, anda semua akan belajar dengan lebih tekun lagi memandangkan anda semua akan menduduki peperiksaan SPM pada 22 November 2010. Tanamkan azam baharu, buangkan tabiat lama. Berusahalah! dan Selamat Maju Jaya.

Sabtu, November 14, 2009

Papan Notis : Bahasa


Halo pelajar kelas 4Y, 4U dan 4K, peperiksaan akhir tahun dah tamat. Semoga mendapat keputusan yang memuaskan. Hari ini, cikgu ke Kuala Lumpur dan ternampak papan notis ini dan ingin berkongsi dengan anda semua. Kenal pasti bahasa yang digunakan dalam papan notis ini dan nyatakan pandangan. Sekian, terima kasih.

Jumaat, November 06, 2009

Laman Pembelajaran Baharu

Apa khabar semua? Peperiksaan sudah berakhir, kalau ada kelapangan berlatihlah menulis karangan dalam blog yang telah anda bina. Manfaatkan cuti sekolah untuk menulis dengan lebih kerap lagi agar dapat menajamkan pemikiran dan meningkatkan kemahiran menulis anda. Cikgu ada menyenaraikan laman pembelajaran baharu yang berguna dan boleh anda semua lawati iaitu

http://bumigemilang.wordpress.com/

Sekian, terima kasih

Khamis, Oktober 29, 2009

Rabu, Oktober 14, 2009

Karangan Kemalangan Jalan Raya

Punca: Sikap pemandu
-bersikap mementingkan diri, tidak sabar
- tidak mematuhi peraturan jalan raya ( memotong kenderaan di sebelah kiri jalan dan di garisan putih berkembar, memandu melebihi had laju yang ditetapkan, melanggar lampu isyarat, tidak memberi isyarat ketika hendak membelok ke kiri atau ke kanan, mengantuk ketika memandu, mabuk, memberhentikan kenderaan di bahu jalan tanpa sebarang papan tanda amaran)
-pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar
-tidak memakai tali pinggang keledar

Punca: Keadaan Jalan Raya
- keadaan jalan raya berlopak-lopak dan berlubang
-jalan raya yang sempit, tidak rata
-jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam dan berbahaya
-jalan licin
-penyelenggaraan jalan dilakukan pada waktu puncak
-kurang papan tanda amaran
-kadang-kadang terdapat paku yang tertabur di tengah jalan, bangkai binatang
-binatang ternakan melintas jalan seperti ayam, kerbau, kambing dan lembu

Punca: Keadaan Cuaca
-keadaan berjerebu, jarak penglihatan terhad
-apabila hujan, jalan menjadi licin, penglihatan kabur
-keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat pada waktu malam

Punca: Keadaan Kenderaan
-kenderaan tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan
-brek kenderaan tidak makan, tayar kenderaan haus
-pengelap cermin kenderaan tidak berfungsi, tidak dapat menyapu air hujan menyebabkan penglihatan terhad dan kabur
-tidak ada cermin sisi, tidak ada tali pinggang/ tali keledar ( bagi kenderaan lama)
-kenderaan diubahsuai tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ

Punca: Undang-undang
-Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan. Pemandu mampu bayar
-Gejala rasuah dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, Penguatkuasaan daripada JPJ boleh dianggap cuma mengikut musim. Menjelang hari perayaan ataupun mendapat aduan daripada orang ramai barulah menjalankan operasi.
-Kurang pemantauan dijalankan di lokasi yang sering berlaku kemalangan
-Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim perayaan
-Kempen yang dijalankan tidak berkesan dan tidak secara konsisten "hangat-hangat tahi ayam"

Punca: Kegiatan Mat Rempit
-perlumbaan haram oleh Mat Rempit, menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba, membahayakan pengguna jalan raya yang lain
-Mat Rempit menunggang motosikal secara berkumpulan, tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain
-sengaja melanggar peraturan jalan raya seperti melanggar lampu isyarat dan menunggang melawan aliran kenderaan


Peribahasa/ Slogan/ Frasa yang boleh digunakan:
Malang tidak berbau
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
sudah terhantuk, baru tergadah
hangat-hangat tahi ayam
nasi sudah menjadi bubur
berhati-hati di jalan raya
biar lambat asalkan selamat
Pandu cermat, jiwa selamat
Polis trafik
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
nahas jalan raya/ kemalangan jalan raya/ tragedi
tidak mengetahui adab atau peraturan jalan raya
penunggang motosikal seolah-olah hendak membunuh diri ketika menunggang motosikal
samseng jalan raya
jalan raya di negara ini dianggap sebagai 'sungai maut'
topik tentang jalan raya tidak pernah habis diperkatakan dan akan terus diperkatakan selagi kemalangan jalan raya terus meningkat.
murah sangatkah nyawa manusia?

Sikap Pemandu:
-membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala
-sebelum memulakan perjalanan terutaman perjalanan jauh, membuat pemeriksaan dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik seperti brek berfungsi, tayar berbunga
-tidak meminum arak jika terpaksa memandu, kalau mengantuk, berhenti di kawasan rehat
-memandu tidak melebihi had laju dan tidak memotong di garisan berkembar
-sabar dan mematuhi peraturan jalan raya
Jabatan Kerja Raya(JKR) membaiki jalan-jalan yang rosak, menurap jalan berlubang
Denda yang lebih tinggi supaya pengguna jalan raya akan berfikir dua kali sebelum memandu laju
-sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Media Massa:
-menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya, menyiarkan babak ngeri nahas jalan raya
-menyiarkan kempen-kempen keselamatan jalan raya pada waktu primer agar lebih ramai penonton yang dapat menonton dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sama ada pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu lori dan bas
-kempen keselamatan jalan raya disiarkan saban hari dan seberapa kerap yang mungkin bukan pada musim perayaan sahaja.

Undang-undang:
-meningkatkan umur pemerolehan lesen bermotor dari 16 tahun ke 18 tahun
-Denda yang lebih berat dan hukuman penjara boleh dipertimbangkan jika melibatkan kematian
-melaksanakan sistem potongan markah, tidak memperbaharui lesen pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut.
-proses pemerolehan lesen yang lebih ketat, pelajar perlu mengikuti kursus keselamatan jalan raya

Peranan Ibu Bapa :
-memastikan anak tidak terlibat dalam kegiatan Mat Rempit
-tidak membelikan motor kepada anak-anak yang didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya
-menjadi contoh teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutaman semasa berada di jalan raya,
-Ibu bapa memandu secara bersopan ketika di jalan raya untuk memberi contoh teladan kepada anak-anak, mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.

Pihak Kerajaan:
Melalui JPJ, JKR dan Polis trafik untuk menguatkuasakan undang-undang yang telah digubal
-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan operasi menangkap Mat Rempit, mengadakan sekatan jalan untuk memeriksa dan mengawal pengubahsuaian kenderaan secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh JPJ
-menyita kenderaan yang diubahsuai dan telah tamat tempoh cukai jalan dan lesen memandu
-memastikan pegawai polis trafik atau JPJ tidak mengamalkan amalan rasuah, mengenakan hukuman berat terhadap pegawai yang menerima rasuah atau meminta rasuah daripada pengguna jalan raya.
-Jabatan Kerja Raya(JKR) selalu memastikan keadaan jalan raya yang sempurna dan membuat kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan pada waktu larut malam ketika kurang kenderaan menggunakan jalan raya, meletakkan papan tanda amaran di selekoh tajam dan jalan bengkang-bengkok agar pemandu mengetahui keadaan jalan raya yang bakal dilalui oleh mereka

Kempen & Didikan:
-didikan tentang keselamatan jalan raya diterapkan dalam kurikulum atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah cara selamat ketika ingin melintas jalan.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Karangan Mat Rempit

Soalan

  1. Aktiviti perlumbaan haram sangat diminati oleh golongan remaja walaupun kadang-kadang aktiviti ini berakhir dengan tragedi,tetapi masih ramai lagi yang tidak serik-serik menyertai perlumbaan itu,malah mereka berasa bangga dikenali sebagai “Mat Rempit”. Bincangkan sebab-sebab aktiviti ini semakin diminati dan langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Dalam era globalisasi dan liberalisasi ini , aktiviti perlumbaan haram semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat.Aktiviti ini semakin mendapat tempat dan diminati oleh golongan remaja walaupun mereka mengetahui(bahawa) aktiviti tidak bermoral ini akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. (Hal) hal ini dapat kita lihat melalui (laporan)media massa mengenai aktiviti lumba haram yang tidak sihat ini. Kegiatan ini bukan sahaja membawa padah kepada individu malah menjejaskan (ketenteraman) masyarakat dan merosakkan imej Negara(negara) di mata dunia. Oleh itu, faktor-faktor yang mendorong(remaja terjebak dalam) aktiviti ini seharusnya(perlu) dicari(dikaji dan diselidik) sehingga ke akar umbi agar jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif dapat dilaksanakan untuk membendung masalah ini.

Perenggan isi pertama perlu merupakan isi utama ( faktor yang paling menyumbang kepada aktiviti merempit :- iaitu kemantangan/ ego dan ganjaran yang menanti)

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti‘Mat Rempit’ ini semakin diminati adalah disebabkan kekurangan(kurang) kawalan dan kasih saying daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang kurang (mendapat) pengawasan daripada ibu bapa mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dunia menyebabkan anak-anak mereka terbiar (tanpa) hala tuju. Akhirnya, para remaja mencari ketenangan dan hiburan dengan melakukan aktiviti perlumbaan haram dan menjadi ‘Mat Rempit’ sebagai (jalan keluar) daripada kesunyian yang menyelubungi jiwa remaja ketika keseorangan di rumah. Selain itu, ibu bapa yang tidak mempunyai masa dan ruang untuk mendidik anak sama ada didikan agama ataupun pembentukan peribadi yang mulia menyebabkan anak-anak tidak mempunyai iman dan pendirian yang tegas dan mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit kerana mudah terpengaruh dan tidak mampu menepis godaan. Ibu bapa yang tiadak menjalani(tidak melaksanakan) tanggungjawab mereka akan menyebabkan anak mereka yang kehilangan(ketandusan) kasih sayang terlibat dalam gejala ‘Mat Rempit’ sebagai langkah untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka.

Selain iitu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan golongan muda(remaja) menyertai aktiviti haram ini. Hal ini disebabkan,golongan remaja akan menghabiskan hampir separuh hari (kebanyakan masa mereka )bersama-sama rakan sebaya di sekolah. Ajakan dan pujukan rakan tidak mampu ditolak. Apabila menyaksikan aksi “Mat Rempit’ yang berbahaya dan mencabar, berputik dalam jiwa remaja rasa ingin cuba. Remaja akan cuba dan merasai sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, gelaran ‘Mat Rempit’ seolah-olah memberi pengiktirafan kepada remaja akan kejantanan atau kelelakian, kehebatan , kejaguhan mereka. Mereka akan lebih diminati oleh ramai gadis dan mudah mendapat sokongan daripada rakan-rakan . Hal ini menyebabkam ramai remaja seakan-akan ketagih dengan aksi merempit ini.

Faktor kewangan (ganjaran) juga menjadi salah satu faktor aktiviti ini diminati oleh golongan muda(remaja). Perlumbaan haram ini melibatkan aktiviti perjudian, wang pertaruhan kadang-kadang mencecah angka beribu-ribu ringgit. Kadang-kadang bukan ganjaran wang yang dikejar tetapi gadis bohsia yang dijadikan pertaruhan kepada pemenang perlumbaan. Pemenang berpeluang menikmati hubungan seks secara percuma. Godaan ini memang menjadi tarikan yang tidak mampu ditolak oleh remaja kerana berpeluang mengadakan hubungan seks dengan gadis bohsia dapat menjawab seribu satu persoalan yang menghantui mereka tentang seks. Kepuasan nafsu ini menjadi daya pendorong kepada golongan remaja dalam aktiviti merempit

Masalah Mat Rempit ini ibarat barah yang tumbuh dalam badan kita. Barah ini mampu melemahkan dan menjejaskan kualiti modal insan yang ingin dilahirkan oleh negara. Golongan Mat Rempit ini perlu disekat daripada terus membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai platform yang menunjukkan kehebatan dan kejaguhan mereka dalam perlumbaan. Antara jalan penyelesaiannya adalah menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlu mengendalikan (menggubal) undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan Mat Rempit yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hukuman seperti sebatan dan penjara boleh dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang lain (remaja lain) agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini. Selain itu, penonton yang menyaksikan perlumbaan dan aksi Mat Rempit ini turut perlu ditangkap dan dikenakan hukuman kerana memberi sokongan kepada Mat Rempit. Hal ini adalah kerana sokongan dan tepukan serta sorakan penonton inilah yang menaikkan semangat dan ego Mat Rempit.

Selain itu, kerajaan atau pihak swasta boleh mewujudkan (membina) sebuah litar lumba yang sesuai dan selamat seperti di Sepang untuk golongan muda. Kewujudan litar perlumbaan ini boleh digunakan oleh golongan Mat Rempit ini dengan mengenakan bayaran yang lebih murah supaya golongan ini boleh menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa membahayakan penggunaan jalan raya yang lain. Aktiviti perlumbaan boleh dianjurkan untuk menarik penyertaan Mat Rempit daripada membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Sukan permotoran yang sememangnya berpotensi menaikkan nama negara di persada dunia harus diketengahkan agar golongan Mat Rempit ini berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam sukan permotoran seperti Perlumbaan Grand Prix Petronas, Motocross Malaysia dan lain-lain.

Akhir sekali ,didikan agama perlu dititikberatkan. Jangan kita hanyut dibawa arus pemodenan sehingga lupa peri pentingnya didikan agama kepada golongan remaja. Bak kata melentur aur biarlah dari rebungnya. Didikan yang diberikan sejak kecil lagi mampu menjadikan benteng yang cukup kuat dalam menangkis pengaruh dan godaan yang mendatang. Malahan berupaya melahirkan remaja yang tahu membezakan baik daripada buruk, halal daripada haram, wajib daripada sunat. Mereka akan bijak dalam membuat pilihan dan tahu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Dengan adanya didikan agama yang mantap, seseorang itu tidak mudah terjebak dan mengamalkan gaya hidup yang tidak bermoral kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni.

Perlumabaan haram yang dijalankan oleh golongan Mat Rempit ini memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Aktiviti ini bukan sahaja mengundang maut malah membantutkan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa depan. Malang tidak berbau. Oleh itu, isu Mat Rempit tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun. Masalah ini masalah kita semua. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini daripada terus merebak kerana golongan remaja merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

Daripada :Sho Sin Hua U6B

SMK METHODIST (A.C.S) Sitiawan

· Penggunaan kata perlulah konsisten – kalau gunakan kata “remaja” gunakannya secara konsisten dalam karangan anda, jangan sekejap gunakan “golongan muda” sekejap “ remaja” : adalah sesuai gunakan remaja kerana itu yang ditekankan dalam tajuk

· Isi masih tidak mencukupi dan kurang bernas

· Isi tidak dikembangkan dengan menyeluruh

· Pemerengganan tidak konsisten, ada perenggan isi yang dapat dikembangkan dengan baik , ada pula tidak (setiap perenggan perlu lebih kurang dari segi panjang supaya tidak memperlihatkan bahawa anda tidak dapat mengembangkan sesetengah isi dengan baik

· Bahasa adalah memuaskan walau bagaimanapun kurang menarik kerana kurang penggunaan kosa kata menarik serta peribahasa.

· Pengolahan (cara mengolah isi/cara mengembangkan isi/ cara menghurai isi) juga didapati kurang menarik dari segi susunan

Isi-isi

1. Sikap remaja sendiri – ego, ingin tunjuk kehebatan, tidak matang, mudah terpengaruh ( langkah : didikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, peka dan tahu di mana anak-anak mereka pada setiap masa, memberi suri teladan kepada anak-anak, melentur aur biarlah dari rebungnya)

2. Pengaruh rakan sebaya – mudah termakan janji manis rakan, ingin diterima dalam kumpulan dan sanggup membuat apa sahaja, pantang dicabar rakan sebaya, suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing ( remaja mesti bijak memilih kawan, jauhkan diri dari kutu embun, mesti berpendirian teguh, mempunyai iman yang kuat – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan)

3. Sikap masyarakat – tidak mengendahkan perbuatan Mat Rempit, tidak membuat laporan, bersikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, takut dituduh menjaga tepi kain orang ( menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaporkan kes rempit, memberitahu jiran jika mendapati anak jiran terlibat dalam kegiatan merempit)

4. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan tidak konsisten, kenderaan(motor) hanya disita, sepatutnya empunya motor tidak dikembalikan kepada remaja (kalau tidak ada motor, tidak ada Mat Rempit)- kuatkuasakan undang-undang, ibu bapa dipertanggungjawabkan jika anak mereka merempit, menambah kekuatan pasukan polis dalam menjalankan operasi penangkapan mat rempit

5. Media massa – selalu menyiarkan aksi merempit seolah-olah mereka adalah wira dan jaguh , mendorong aksi merempit. : patut menyiarkan keburukan merempit seperti dicekup polis, ditimpa kemalangan, mengalami kecederaan, malah menempa maut, menyiarkan kesan merempit seperti dipenjarakan, dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan lain-lain.

6. Bantuan tonto ; kumpulan rempit mempunyai bantuan tonto yang menyampaikan maklumat tentang operasi yang dijalankan oleh polis trafik dan JPJ. Tonto telah membantu mat rempit memboloskan diri daripada dicekup polis. (menumpaskan golongan tonto, mengenakan hukuman dan denda kepada golongan ini, didakwa dalam mahkamah)

Kuiz Simpulan Bahasa

Wahai pelajar-pelajar,
Kalau senang, cubalah kuiz simpulan bahasa ini

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm21.HTM

terdapat satu soalan yang kurang tepat ayatnya.

Selamat Mencuba!

Khamis, Oktober 08, 2009

Bahasa Iklan


betulkah?

Rabu, Oktober 07, 2009

Penulisan Isi Karangan

Kebiasaannya penulisan isi karangan meliputi 3 elemen utama iaitu:

1. Ayat Topik / Isi Utama/ Fakta
2. Huraian isi
3. Contoh
Dalam karangan, tidak semestinya ketiga-ketiga elemen ini disusun mengikut urutan ayat topik(isi) -- huraian --contoh. Anda boleh bermula dengan huraian--contoh --ayat topik atau ayat topik --huraian --contoh--penegasan.

Lihat contoh di bawah:

Selasa, Oktober 06, 2009

Karangan Berpandu

Sungai Pinang dan Sungai Kelang antara sungai yang cukup terkenal dengan isu pencemaran yang serius. Isu pencemaran sungai ini telah lama mendapat perhatian dan dijadikan bahan perbincangan dalam pelbagai media massa. Isu ini dijangka akan terus menjadi buah mulut atau topik perbincangan dalam konteks pengurusan sumber bekalan air untuk rakyat di negara ini. Oleh sebab kurangnya perancangan dan pengawalan rapi ke atas sumber-sumber air di negara ini, maka timbullah isu pencemaran air. Jika langkah mengatasinya tidak diambil, kita akan menghadapi krisis air suatu masa nanti.

Sungai dicemari dengan lautan sampah yang dibuang dengan sewenang-wenangnya sama ada oleh penduduk di tepi sungai. Sungai menjadi tempat pembuangan sampah-sarap. Hal ini disebabkan kegagalan pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan tong-tong sampah dan mengangkut sampah mengikut jadual yang ditetapkan. Akibatnya, sungai menjadi tempat alternatif pembuangan sisa-sisa yang dihasilkan.

Pembuangan sisa-sisa toksik dan kotoran dari kilang ataupun ladang ternakan memburukkan keadaan sungai yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kilang-kilang dan ladang ternakan yang terletak berhampiran dengan sungai memilih sungai sebagai kawasan pelupusan dan pembuangan sisa-sisa dan kotoran yang terhasil. Akibatnya, kualiti air terjejas dan membahayakan kesihatan penduduk di kawasan sekeliling yang menjadi air sungai sebagai sumber bekalan air mereka.

Di samping itu, penerokaan atau penggondolan hutan bagi aktiviti pembalakan juga menyumbang kepada berlakunya pencemaran air sungai. Air sungai menjadi cetek akibat timbunan kelodak dan pasir yang berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak dikawal. Aktiviti ini menyebabkan air sungai menjadi cetek dan hidupan di dalam sungai akan mati.

Kita memerlukan bekalan air bersih agar dapat terus hidup dengan sihat. Oleh hal yang demikian, satu sistem pengurusan air yang sistematik dan berkesan perlu diwujudkan. Satu badan khas perlu ditubuhkan untuk memantau sumber dan kualiti air di negara kita. Pemantauan perlu dijalankan secara konsisten untuk memastikan sumber air tidak tercemar.

Indah Water Konsortium atau IWK perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagi merawat air kumbahan menjadi air yang bersih dan seterusnya menyalirkan air yang telah dirawat ke dalam sungai semula. Di samping itu, Indah Water Konsortium yang diberi tanggungjawab menguruskan kumbahan najis manusia dan binatang ternakan harus merangka satu sistem pengurusan kumbahan-kumbahan ini secara cekap agar tidak mencemarkan air sungai.

Isu pencemaran air tidak boleh dibiarkan terus berleluasa tanpa kawalan dan pengawasan oleh pihak berkuasa. Jangan sampai sudah terhantuk, baru tergadah kerana tanpa air bersih kualiti hidup manusia akan terjejas. Seperti slogan yang selalu dilaung-laungkan "Cintailah Sungai Kita", marilah kita mencintai sungai kita dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai.

Gejala Mat Rempit

Isnin, Oktober 05, 2009

Isi Karangan : Pemupukan Nilai-Nilai Murni dalam Kalangan Rakyat (untuk rujukan)

Kepada Semua Pelajar :
Di sini, cikgu sediakan sedikit rujukan untuk anda semua dalam penulisan karangan. Isi, peribahasa dan frasa menarik yang boleh anda semua gunakan untuk karangan tajuk karangan ini.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Selamat Belajar

Kepada Semua Pelajar yang terlibat dalam kajian:

Selamat Belajar; Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang bermula pada 19 Oktober ini. " Di mana ada kemahuan, Di situ ada Jalan"

Khamis, Oktober 01, 2009

Kumpulan Eksperimental : Blog dalam Penulisan Karangan

Inilah sebahagian daripada pelajar kumpulan Eksperimental. Harap yang belum siapkan tugasan masing-masing, hantar pada minggu hadapan. Janji mesti dikota. Nampak gembira kerana penyeksaan selama 5 minggu berakhir hari ini. Sebenarnya, kumpulan ini mempunyai banyak penulis yang berbakat. Bakat ini perlu diasah. Harap mereka akan terus menulis walaupun tempoh kajian tamat hari ini.

Rabu, September 30, 2009

Penambahbaikan Karangan Jia Seng

Tabiat Merokok Bukan Budaya Kita

Marcapada ini,terdapat satu gejala(tabiat) negatif (buruk) yang semakin bermaharajalela terutamanya dalam kalangan remaja. Tabiat yang dimaksudkan ini ialah amalan merokok dalam kalang(kalangan) remaja. Malah dari sehari ke sehari, perokok muda ini semakin bertambah hingga ke satu tahap yang cukup membimbangkan. Fenomena ini kian hari kian meruncing dan (walaupun) kempen-kempen telah dilancarkan secara agresif untuk mendedahkan keburukan merokok tetapi kadar (bilangan) penghisap rokok (perokok) di Malaysia masih tidak berkurangan.Walau apapun strategi yang dilakukan, masyarakat kita khususnya golongan remaja masih belum sedar sepenuhnya untuk menjauhi tabiat merokok Bak kata pepatah tiada angin masakan pokok bergoyang, setiap masalah berlaku pastinya ada penyebabnya.Apakah faktor yang mendorong remaja terjebak dengan amalan buruk ini?.

Terdapat banyak punca yang boleh menyeret(mengheret) seseorang untuk merokok. Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut ini berlaku kerana remaja dipengaruhi oleh kerenah negatif kawan mereka yang bersifat seperti kacang hantu. Rakan merekalah yang memujuk remaja berjinak-jinak dengan rokok. Sejajar dengan itu golongan remaja hari ini terlalu ghairah untuk meniru cara hidup Barat yang berunsur subversive (subversif bermakna
bertujuan utk melemahkan atau me­musnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit). Kebanyakan remaja berasa megah apabila berambut punk,berpakaian selekah,berfoya-foya di taman hiburan,bergaul bebas tanpa batas,merokok,dan mengamalkan sahsiah yang tidak sopan(sahsiah yang tidak sopan?).Selain itu,remaja pada zaman ini mudah mengikut hati muda mereka yang masih belum matang dan suka mencuba sesuatu yang baru(baharu) seperti merokok.

Mutakhir ini,masalah merokok dalam kalangan remaja semakin hangatan (hangat)diperkatakan.Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Jika masalah ini tidak dibendung di (pada) peringkat awal,sudah tentu masalah ini akan melarat dan membawa kepada masalah yang lebih besar,dan sukar diselesaikan seperti"angin berputar,ombak bersambung".Oleh itu,kita hendaklah mengorak langkah yang proaktif dan efisien untuk membendung gejala ini daripada terus barmaharajalela dalam kalangan masyarakat.Bak kata pepatah di mana anjing menyalak,di situlah biawak memanjat. Oleh itu,kita hendaklah mengenalpasti akar umbi yang menjadi faktor utama yang menyebabkan fenomena ini semakin menular.Dalam mengekang kemelut ini,ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali."Bapa borek,anak rintik",ibu bapa hendaklah menjadi "role model" dengan mengamalkan tabiat yang baik seperti tidak merokok di depan anak-anak mereka kerana seperti yang diperkatakan dalam pepatah"bagaimana acuan,begitulah kuihnya".

Selari dengan itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk nenjelaskan kapada anak-anak mereka tentang peri bahayanya jika merokok.Jika seseorang merokok,individu tersebut akan mudah menjangkiti (dijangkiti) penyakit paru-paru dan kanser paru-paru. Tindakan tersebut (Penjelasan tentang bahaya rokok) hendaklah dilakukan awak-awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperti yang kita ketahui,anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang menentukan coraknya,sama ada tetap putih atau terpahit(terpalit) dengan warna hitam.Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama yang banyak mempengaruhi perkembangan mental,emosi,sahsiah,dan sosial anak-anak.Ibu bapa juga perlulah menjalani aktiviti pemantauan. Mereka hendaklah memantau pergerakan anak-anak mereka.Contahnya(Contohnya, ) tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti kafe siber. Ibu bapa mestilah mengetahui rakan sebaya mereka (anak mereka) sama ada rakan yang berakhlak rendah ataupun modal insan(bermoral tinggi).Hal ini,dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada berpelesiran di luar tanpa kawalan ibu bapa. Sudah tentu tindakan ini dapat mematahkan kecenderungan remaja ke arah budaya hedonisme. Menang tidak dinafikan bahawa remaja yang merokok disebabkan oleh ibu bapa mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan terlalu ghairah mengejar harta dunia. Mereka yang bekerja terang-terang tanah hingga samar muka kerana pendapatan mereka hanya kais pagi makan pagi.kais petang makan petang. ( tidak perlu ayat-ayat ini) Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tersisih dan terabai,dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa serta menyebabkan mereka terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang membantut kecemerlangan mereka.Oleh itu,ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk mendidik anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Sehubungan itu,jika hanya bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memerangi golongan remaja yang mengamalkan tabiat merokok,sudah tentu hal ini tidak boleh dibanteras sepenuhnya.Bak kata pepatah air tawar secawan dituang ke laut tidak akan dapat menghilangkan rasa masinnya. Oleh itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membasmi kegiatan merokok dalam kalangan remaja.Pertama sekali,kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang.Sesiapa yang didapati menjual rokok kepada remaja yang berumur 18tahun ke bawah mestilah dihukum.Peniaga seperti ini hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dan bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Hukuman yang setimpal hendaklah dilaksanakan terhadap golongan peniaga yang tidak beretika.Tambahan pula,hukuman juga tidak harus memilih bulu,yang bersalah tetap bersalah,tidak kiralah sama ada mereka ialah individu yang dihormati atau sebaliknya.Seterusnya,kerajaan juga hendaklah sering mengadakan kempen.Kempen"Tak Nak" yang dilaung-laungkan oleh kerajaan jelas memerlukan iltizam dan komitmen rakyat untuk menjayakannya. Oleh itu,sebagai anak Malaysia,kita harus sama-sama menyahut seruan kerajaan.Kempen yang dilaksanakan tidak harusnya seperti melepaskan batuk di tangga dan hendaklah berterusan bak kata pepatah alang-alang mandi biar basah.

Di samping itu,usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah juga tidak harus dipandang rendah.Hal ini kerana sekolah merupakan pusat pembentukan disiplin murid-murid.Sekolah hendaklah kelak (kerap) mengadakan ceramah.Hal ini akan mendedahkan betapa bahayanya mengamalkan tabiat merokok.Tambahan pula,guru-guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni dalam kalangan pelajar.Guru seumpamanya sebatang lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.(tidak perlu ayat ini) Guru-guru perlulah menjelaskan implikasinya jika merokok dan menasihati pelajar-pelajar supaya tidak merokok. Selain itu , didikan agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menyekat golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.Ramai berpendapat bahawa didikan agama dapat menangani masalah tersebut kerana semua agama menolak sesuatu tabiat yang buruk. // isi lain :- Sehubungan dengan itu,remaja sendiri haruslah berhati-hati dalam pergaulan.Pemilihan kawan yang baik mampu menghindarkan remaja daripada terjebak dalam masalah merokok.Bak kata pepatah"yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan".

Kesimpulannya sanggupkah kita terus melihat peneraju negara yang berkaliber terus terjerumus dalam lembah maksiat(tidak sesuai frasa ini) ini? Sanggupkah kita melihat mereka mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti?(apakah maksud ayat ini?) Tidak! Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau berseminar sahaja. Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kemelut ini tidak menjadi semakin kritikal.Bak kata pepatah"bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat".Oleh itu,kita haruslah menggembleng tenaga untuk mencegah gejala ini daripada terus menular.Hal ini mengharapkan mereka yang sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan agar mereka tidak sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna."Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".Tepuk dada tanya selera.(bukan satu gaya penulisan yang baik : menyenaraikan peribahasa )

Komen: huraian yang ditulis tidak menjurus kepada amalan merokok ( berpusing-pusing baru menyentuh isu rokok)

Nampak sangat usaha menggunakan peribahasa secara berlebihan.