Tabiat Merokok Bukan Budaya Kita
Marcapada ini,terdapat satu gejala(tabiat) negatif (buruk) yang semakin bermaharajalela terutamanya dalam kalangan remaja. Tabiat yang dimaksudkan ini ialah amalan merokok dalam kalang(kalangan) remaja. Malah dari sehari ke sehari, perokok muda ini semakin bertambah hingga ke satu tahap yang cukup membimbangkan. Fenomena ini kian hari kian meruncing dan (walaupun) kempen-kempen telah dilancarkan secara agresif untuk mendedahkan keburukan merokok tetapi kadar (bilangan) penghisap rokok (perokok) di Malaysia masih tidak berkurangan.Walau apapun strategi yang dilakukan, masyarakat kita khususnya golongan remaja masih belum sedar sepenuhnya untuk menjauhi tabiat merokok Bak kata pepatah tiada angin masakan pokok bergoyang, setiap masalah berlaku pastinya ada penyebabnya.Apakah faktor yang mendorong remaja terjebak dengan amalan buruk ini?.
Terdapat banyak punca yang boleh menyeret(mengheret) seseorang untuk merokok. Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut ini berlaku kerana remaja dipengaruhi oleh kerenah negatif kawan mereka yang bersifat seperti kacang hantu. Rakan merekalah yang memujuk remaja berjinak-jinak dengan rokok. Sejajar dengan itu golongan remaja hari ini terlalu ghairah untuk meniru cara hidup Barat yang berunsur subversive (subversif bermakna bertujuan utk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit). Kebanyakan remaja berasa megah apabila berambut punk,berpakaian selekah,berfoya-foya di taman hiburan,bergaul bebas tanpa batas,merokok,dan mengamalkan sahsiah yang tidak sopan(sahsiah yang tidak sopan?).Selain itu,remaja pada zaman ini mudah mengikut hati muda mereka yang masih belum matang dan suka mencuba sesuatu yang baru(baharu) seperti merokok.
Mutakhir ini,masalah merokok dalam kalangan remaja semakin hangatan (hangat)diperkatakan.Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Jika masalah ini tidak dibendung di (pada) peringkat awal,sudah tentu masalah ini akan melarat dan membawa kepada masalah yang lebih besar,dan sukar diselesaikan seperti"angin berputar,ombak bersambung".Oleh itu,kita hendaklah mengorak langkah yang proaktif dan efisien untuk membendung gejala ini daripada terus barmaharajalela dalam kalangan masyarakat.Bak kata pepatah di mana anjing menyalak,di situlah biawak memanjat. Oleh itu,kita hendaklah mengenalpasti akar umbi yang menjadi faktor utama yang menyebabkan fenomena ini semakin menular.Dalam mengekang kemelut ini,ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali."Bapa borek,anak rintik",ibu bapa hendaklah menjadi "role model" dengan mengamalkan tabiat yang baik seperti tidak merokok di depan anak-anak mereka kerana seperti yang diperkatakan dalam pepatah"bagaimana acuan,begitulah kuihnya".
Selari dengan itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk nenjelaskan kapada anak-anak mereka tentang peri bahayanya jika merokok.Jika seseorang merokok,individu tersebut akan mudah menjangkiti (dijangkiti) penyakit paru-paru dan kanser paru-paru. Tindakan tersebut (Penjelasan tentang bahaya rokok) hendaklah dilakukan awak-awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperti yang kita ketahui,anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang menentukan coraknya,sama ada tetap putih atau terpahit(terpalit) dengan warna hitam.Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama yang banyak mempengaruhi perkembangan mental,emosi,sahsiah,dan sosial anak-anak.Ibu bapa juga perlulah menjalani aktiviti pemantauan. Mereka hendaklah memantau pergerakan anak-anak mereka.Contahnya(Contohnya, ) tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti kafe siber. Ibu bapa mestilah mengetahui rakan sebaya mereka (anak mereka) sama ada rakan yang berakhlak rendah ataupun modal insan(bermoral tinggi).Hal ini,dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada berpelesiran di luar tanpa kawalan ibu bapa. Sudah tentu tindakan ini dapat mematahkan kecenderungan remaja ke arah budaya hedonisme. Menang tidak dinafikan bahawa remaja yang merokok disebabkan oleh ibu bapa mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan terlalu ghairah mengejar harta dunia. Mereka yang bekerja terang-terang tanah hingga samar muka kerana pendapatan mereka hanya kais pagi makan pagi.kais petang makan petang. ( tidak perlu ayat-ayat ini) Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tersisih dan terabai,dan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa serta menyebabkan mereka terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang membantut kecemerlangan mereka.Oleh itu,ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk mendidik anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Sehubungan itu,jika hanya bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memerangi golongan remaja yang mengamalkan tabiat merokok,sudah tentu hal ini tidak boleh dibanteras sepenuhnya.Bak kata pepatah air tawar secawan dituang ke laut tidak akan dapat menghilangkan rasa masinnya. Oleh itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membasmi kegiatan merokok dalam kalangan remaja.Pertama sekali,kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang.Sesiapa yang didapati menjual rokok kepada remaja yang berumur 18tahun ke bawah mestilah dihukum.Peniaga seperti ini hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dan bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Hukuman yang setimpal hendaklah dilaksanakan terhadap golongan peniaga yang tidak beretika.Tambahan pula,hukuman juga tidak harus memilih bulu,yang bersalah tetap bersalah,tidak kiralah sama ada mereka ialah individu yang dihormati atau sebaliknya.Seterusnya,kerajaan juga hendaklah sering mengadakan kempen.Kempen"Tak Nak" yang dilaung-laungkan oleh kerajaan jelas memerlukan iltizam dan komitmen rakyat untuk menjayakannya. Oleh itu,sebagai anak Malaysia,kita harus sama-sama menyahut seruan kerajaan.Kempen yang dilaksanakan tidak harusnya seperti melepaskan batuk di tangga dan hendaklah berterusan bak kata pepatah alang-alang mandi biar basah.
Di samping itu,usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah juga tidak harus dipandang rendah.Hal ini kerana sekolah merupakan pusat pembentukan disiplin murid-murid.Sekolah hendaklah kelak (kerap) mengadakan ceramah.Hal ini akan mendedahkan betapa bahayanya mengamalkan tabiat merokok.Tambahan pula,guru-guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni dalam kalangan pelajar.Guru seumpamanya sebatang lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.(tidak perlu ayat ini) Guru-guru perlulah menjelaskan implikasinya jika merokok dan menasihati pelajar-pelajar supaya tidak merokok. Selain itu , didikan agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menyekat golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.Ramai berpendapat bahawa didikan agama dapat menangani masalah tersebut kerana semua agama menolak sesuatu tabiat yang buruk. // isi lain :- Sehubungan dengan itu,remaja sendiri haruslah berhati-hati dalam pergaulan.Pemilihan kawan yang baik mampu menghindarkan remaja daripada terjebak dalam masalah merokok.Bak kata pepatah"yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan".
Kesimpulannya sanggupkah kita terus melihat peneraju negara yang berkaliber terus terjerumus dalam lembah maksiat(tidak sesuai frasa ini) ini? Sanggupkah kita melihat mereka mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti?(apakah maksud ayat ini?) Tidak! Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau berseminar sahaja. Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kemelut ini tidak menjadi semakin kritikal.Bak kata pepatah"bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat".Oleh itu,kita haruslah menggembleng tenaga untuk mencegah gejala ini daripada terus menular.Hal ini mengharapkan mereka yang sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan agar mereka tidak sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna."Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".Tepuk dada tanya selera.(bukan satu gaya penulisan yang baik : menyenaraikan peribahasa )
Komen: huraian yang ditulis tidak menjurus kepada amalan merokok ( berpusing-pusing baru menyentuh isu rokok)
Nampak sangat usaha menggunakan peribahasa secara berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan