Isnin, September 14, 2009

Bahasa Iklan


Hari ini cikgu pergi ke kampus. Dalam perjalanan pulang, cikgu ternampak iklan ini. Menarik apa yang tertera pada papan iklan ini, cuba pelajar-pelajar lihat dan memberi komen tentang iklan ini dari segi bahasanya.

1. Seperti biasa , iklan di Malaysia suka mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
2. Perkataan "BAUCHER" sepatutnya "baucar"
3. E-Gift kalau hendak dialih bahasa sepatutnya E-Hadiah

Tepuk dada, tanya selera

3 ulasan:

  1. Saya rasa, ayatnya sudah terbalik. Ayatnya sepatut macam ini: "Baucher Elektronik Percuma AirAsia"
    Tapi, E-Gift itu bahasa Inggeris, mana boleh gunanya bersama Baucher? Maksudnya sudah berulang dan mengelirukan.

    BalasPadam
  2. Hello Christina, terima kasih atas respon anda, kita lihat apa pandangan pelajar lain nanti.

    BalasPadam
  3. Pada pendapat saya , perkataan "Baucher" haruslah digantikan dengan "Baucer" .
    "E-gift" pula harus digantikan dengan "E-hadiah".Namun , penggunakan "E-gift" merupakan bahasa pinjaman dan boleh diterima , rasanya. - -

    Saya rasa susunan ayat juga bermasalah. Ayat yang betul ialah "Baucar e-hadiah AirAsia percuma ".

    BalasPadam