Kepada semua pelajar yang menggunakan blog dalam penulisan karangan,
Sebenarnya, penggunaan blog dalam penulisan karangan telah banyak digunakan di negara Barat kerana memberi peluang yang begitu luas kepada pelajar untuk belajar bukan sahaja dalam penulisan tetapi juga kemahiran membawa diri dalam dunia siber. Pendidikan pada masa kini tidak lagi hanya berlaku di institusi pendidikan seperti sekolah. Pendidikan dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Cikgu sudah menyediakan 20 tajuk karangan untuk dipilih, di samping menulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh cikgu, anda digalakkan untuk menulis sesuatu yang menjadi minat diri anda. Tujuannya adalah supaya anda menyemai minat yang mendalam dalam penulisan. Kita semua perlu mahir menulis kerana penulisan merupakan wahana komunikasi yang amat penting sejak dulu lagi, sejak tulisan dicipta.
Cara-cara murid menjaga kebersihan diri
2 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan