Jumaat, September 25, 2009

Penambah baikan Karangan KitYan - Sila Baca

Negara kita,Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Perpaduan antara kaum yang berbeza amat diutamakan kerana rakyat yang mempunyai semangat perpaduan dapat membantu dalam usaha untuk mencapai matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020 dijalankan dengan lancar.Usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat akan lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.Oleh sebab itu,ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting.

Negara kita,Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, perpaduan antara kaum yang berbeza amat diutamakan kerana rakyat yang mempunyai semangat perpaduan dapat membantu dalam usaha untuk mencapai matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020.Usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat akan lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.Tanggungjawab untuk memupuk semangat perpaduan terletak pada bahu ibu bapa yang secara langsung mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak.

Pak pepatah “bapa borek,anak intik”,ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Segala tingkah-laku tidak kira baik atau buruk akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Oleh itu,semangat perpaduan dapat disemai kepada genarasi muda dengan lebih berkesan sekiranya melalui ibu bapa.

Bak kata pepatah bapa borek,anak rintik, ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Segala tingkah-laku tidak kira baik atau buruk akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Jadi, ibu bapa patut menjalinkan hubungan yang baik dengan kaum lain agar dapat dijadikan suri teladan kepada anak-anak. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa dalam menjalin hubungan baik dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Secara tidak langsung semangat perpaduan dapat disemai dalam jiwa anak-anak.
Untuk menyamai semangat perpaduan,ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka selalu berkunjug ke rumah kaum lain terutamanya semasa hari perayaan.Sekiranya beberapa kaum yang berbeza dapat meraikan hari perayaan ,contohnya Tahun Baru Cina,Hari Raya dan Hari Deepavali bersama-sama,malah semangat perpaduan dapat dipupukan.Bukan itu sahaja,kita juga boleh mengambil kesempatan untuk memahami adat resam kaum lain contohnya cara menyambut hari perayaan.

Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka selalu berkunjug ke rumah kaum lain terutamanya semasa hari perayaan. Sekiranya beberapa kaum yang berbeza dapat meraikan sesuatu perayaan bersama-sama contohnya Tahun Baru Cina,Hari Raya dan Hari Deepavali. Anak-anak berpeluang untuk beramah mesra dengan kaum lain. Di samping itu, mereka juga akan menyelami dan memahami adat resam, budaya dan perayaan kaum lain. Semangat perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung kerana anak-anak mempelajari pentingnya menghormati adat resam dan budaya hidup kaum lain di negara kita jika anak-anak terlibat dalam sambutan sesuatu perayaan yang melibatkan kaum lain di negara kita.


Terdapat banyak aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum contohnya program PLKN ,RIMUP sering diadakan di sekolah.Tujuan utama mengadakan kedua-dua aktiviti ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid yang menyertainya menyentuh dan memahami murid-murid kaum lain.Dengan kaedah tersebut,semangat perpaduan juga dapat disemai.Ibu bapa pula patut memberi sokongan dan dorongan yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk menyertainya.

Terdapat banyak aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum contohnya program PLKN dan RIMUP. Program PLKN di bawah pengelolaan Kementerian Pertahanan berusaha untuk merapatkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan remaja berusia 18 tahun. Program ini mengumpulan remaja pelbagai bangsa dalam menjalani latihan semasa 3 bulan. Di kem PLKN, para peserta program yang terdiri daripada remaja pelbagai bangsa tinggal dan belajar bersama-sama. Program PLKN menyediakan platform yang cukup baik untuk remaja daripada pelbagai latar belakang berinteraksi dan saling berkenalan. RIMUP pula merupakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan. Pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan akan berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama. Tujuannya sudah pasti untuk memupuk semangat perpaduan. Sebelum adanya rancangan RIMUP didapati pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan jarang berinteraksi. Hanya sebilangan pelajar yang berpeluang berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar sekolah lain apabila mereka menyertai perkhemahan, pertandingan dan aktiviti sukan yang diadakan di peringkat daerah atau negeri. Oleh sebab itu, ibu bapa patut menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini kerana mampu memberi pendedahan yang cukup bermanfaat dalam hidup anak-anak selain menyemai semangat perpaduan mereka.


Ibu bapa boleh saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak pada masa lapang.Melalui bualan,genarasi muda dapat memahami dan juga mengingati sejarah bangsa nagara,peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dengan lebih senang.Di samping itu,bualan juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Ibu bapa boleh sering bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak pada masa lapang. Usaha ini membolehkan generasi muda memahami dan juga mengingati sejarah bangsa masing-masing. Sejarah bangsa Malaysia amat memerlukan pemahaman daripada remaja yang tidak pernah mengalami pahit-maung rakyat negara ini menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Ibu bapa yang menceritakan susur galur ini sudah pasti dapat mengingatkan anak-anak agar menghargai kemakmuran dan kemajuan yang tercapai pada hari ini yang bertunjangkan semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Anak-anak akan ingat dan menghargai kemakmuran yang dinikmati pada hari ini dengan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat.


Menonton filem dan drama merupakan kesukaan anak-anak.Dengan itu,ibu bapa patut menggalakkan anak-anak mereka sentiasa menonton filem dan drama yang bertema perpaduan. Harapkan semangat perpaduan dapat disemai kepada anak-anak melalui menonton.

Menonton filem dan drama merupakan aktiviti kesukaan anak-anak. Sebagai ibu bapa yang bijak dan prihatin akan kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, ibu bapa patut menggalakkan anak-anak mereka sentiasa menonton filem dan drama yang bertema perpaduan. Diharapkan melalui tontonan filem dan drama tersebut dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada anak-anak akan perihal kepentingan memupuk semangat perpaduan yang boleh dikatakan penentu kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Generasi muda merupakan harapan kita pada masa depan.Oleh sebab itu,usaha menyemai semangat perpaduan kepada mereka tidak boleh dipandang ringan.Walaupun ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemai semangat perpaduan tetapi bukan ibu bapa sahaja perlu berusaha malah semua pihak perlu bekerjasama.Dengan kerjasama semua pihak,barulah usaha tersebut dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Generasi muda merupakan harapan kita pada masa depan.Oleh sebab itu,usaha menyemai semangat perpaduan kepada mereka tidak boleh dipandang ringan/enteng.Walaupun ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemai semangat perpaduan tetapi bukan ibu bapa sahaja yang perlu berusaha tetapi sebenarnya semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Dengan kerjasama semua pihak,barulah usaha memupuk semangat perpaduan dapat dijalankan dengan lebih lancar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan