Punca-punca Remaja Terlibat Dalam Aktiviti Tidak Berfaedah dan Langkah-langkah Mengatasinya
Sejak belakangan ini, pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja sering dipaparkan dalam akhbar mahupun di kaca televisyan. Masa itu emas. Tetapi, mereka menghabiska masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah seperti melepak, melakukan perbutan vandalisme, berlumba seperti mat rempit dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membazirkan masa, ia juga membawa keburukan kepada seluruh masyarakat.( Sejak belakangan ini, pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja sering tajuk utama dalam akhbar dan di kaca televisyen. Remaja dilaporkan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak, melakukan perbuatan vandalisme, berlumba haram dengan menjadi mat rempit, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membazirkan masa, malah membawa keburukan kepada diri remaja amnya dan semua lapisan masyarakat khasnya. Mengapakah remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah dan bagaimana untuk mengatasinya?)
Mengapakah remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah? Remaja terjebak dalam gejala negatif disebabkan oleh kecuaian dan keabaian ibu bapa. Pada zama terkini, ibu bapa sering berlumba-lumba mencara rezeki demi memenuhi keperluan hidup. Akan tetapi, perbutan mereka ini telah mengabaikan perasaan anak-anak mereka. Remaja melibatka diri dalam aktiviti tidak berfaedah semata-mata untuk mendapatka perhatian daripada ibu bapa. Apa yang mereka perlukan, hanya kasih sayang daripada ibu bapa.
( Remaja terjebak dalam gejala negatif disebabkan kecuaian dan pengabaian ibu bapa. Pada masa kini, ibu bapa sering berlumba-lumba mencari rezeki dan bersikap materialistik sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Kealpaan ibu bapa ini menyebabkan anak-anak berusaha mencari teman di luar untuk memenuhi kekosongan jiwa mereka. Hal ini telah membuka peluang kepada anasir-anasir jahat memperalat remaja untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang.)
Sejajar dengan itu, remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah mungkin adalah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Oleh sebab ibu bapa sentiasa sibuk, orang yang menemani di sisi adalah rakan sebaya dan bukannya ibu bapa meskipun orang yang sepatutnya menemani para remaja ialah ibu bapa. Lama-kelamaan, kedudukan ibu bapa dalam hati anak-anak diganti oleh rakan. Rakan-rakan telah dijadikan modal insan atupun idola yang harus remaja contohi. Perbuatan-perbuatan mereka yang melakukan vandalisme dianggap sebagai satu"feksyen"kononnya, turut dicontohi kerana pemikiran para remaja masih mentah dan pendek akal.
( Penglibatan remaja dalam aktiviti tidak berfaedah banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Oleh sebab kesibukan ibu bapa, anak remaja akan mencari rakan sebaya untuk menghabiskan masa terluang mereka. Teman sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi anak remaja untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah contohnya melepak, merokok, merosakkan harta benda awam dan lain-lain. Anak remaja yang masih mentah dan naif melakukan perbuatan seperti ini semata-mata untuk mendapatkan kepuasan dan keseronokan.)
Ekoran daripada itu, media massa turut merupakan satu penyumbang untuk para remaja melibatkan diri dalam melakukan perkara-perkara yang tidak mandatangkan kebaikan. Filem-filem keganasan dan iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur budaya barat sering ditayangkan pada permukaan kaca televisyen. Para remaja menerap unsur-unsur negatif melalui rancangan-rancangan serta iklan-ilkan itu dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
( Media massa turut menjadi penyumbang kepada penglibatan remaja dalam perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Filem-filem Barat yang berunsur keganasan dan lucah mudah dapat ditonton oleh remaja akibat VCD cetak rompak yang berlambak di pasaran. Filem-filem ini meracuni pemikiran anak remaja dengan memberi gambaran yang kurang tepat tentang kehidupan. Anak remaja mudah meniru gaya idola mereka dalam filem seperti merokok, minum arak dan bergaduh dengan orang lain.Anak remaja yang mentah ini menganggap merokok dan minum arak merupakan perbuatan yang cukup bergaya dan patut dicontohi)
Remaja, ataupun digelar sebagai pembela nusa dan bangsa yang berwibawa pada masa depan tidak harus membazirkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Justeru, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk mengatasi masalah yang kian meruncing ini.
(Remaja, bakal pemimpin dan pembela nusa dan bangsa tidak harus membazirkan masa dalam aktiviti-aktiviti tidak berfaedah. Mereka merupakan modal insan yang perlu dibimbing dan dididik agar dapat memberi sumbangan kepada negara dan menjadi warganegara yang berguna. Justeru, langkah-langkah proaktif harus diambil untuk menjauhkan remaja daripada aktiviti yang tidak bermanfaat.)
Pertama sekali, ibu bapa haruslah meluangkan masa yang secukupnya untuk menemani anak-anak. Komunikasi amatlah penting untuk ibu bapa memahami pemikiran anak-anak mereka. Bersembanglah dengan anak-anak dan memahami keperluan mereka.Megawasi anak-anak untuk mengelakkan mereka menggunakan masa mereka dalam melakukan perkara-perkara tang tidak berfaedah dan cuba mengenali kawan-kawan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka bergaul dengan kawan yang akan mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara yang membazirkan masa sahaja.
(Langkah pertama adalah menyeru ibu bapa agar meluangkan masa yang secukupnya untuk menemani anak-anak mereka terutama anak remaja. Hal ini adalah disebabkan anak-anak remaja masih memerlukan bimbingan dan didikan daripada ibu bapa. Ibu bapa yang meluangkan masa bersama-sama anak-anak akan memahami pemikiran, keperluan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Dengan ini, ibu bapa dapat mengawasi pergaulan anak-anak dan mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah.)
Didikan agama juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan para remaja daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada faedah. Seseorang yang mendapat didikan agama sejak kecil lagi pasti tidak akan membazirkan masa yang bagai emas dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Oleh itu, didikan agama haruslah dipraktikkan oleh para remaja. Ibu bapa yang bertanggungjawab untuk menerap unsur-unsur keagamaan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.
( Didikan agama juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan para remaja daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada faedah. Seseorang yang mendapat didikan agama sejak kecil lagi pasti tidak akan membazirkan masa kerana masa itu emas untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Ajaran agama boleh menjadi benteng yang menghalang anak remaja melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu, didikan agama haruslah dipelajari oleh para remaja. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.)
Perlaksaan undang-undang juga mampu mengatasi masalah ini. Undang-undang haruslah diketatkan dan diperbaharui dari semasa ke semasa untuk mengelakkan remaja daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah. Remaja yang ditangkap terbabit dalam melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berlumba motosikal dan lain-lain lagi haruslah ditahan ke balai polis. Hal ini akan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan tidak akan berbuat demikian lagi.
(Penguatkuasaan undang-undang juga mampu mengatasi masalah ini. Undang-undang haruslah diketatkan dan diperbaharui dari semasa ke semasa untuk mengelakkan remaja melakuan perbuatan yang tidak berfaedah. Remaja yang ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan tidak berfaedah seperti berlumba motosikal secara haram dan lain-lain harus ditahan di balai polis. Hal ini akan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka agar tidak mengulangi perbuatan buruk mereka.)
Konklusinya, semua pihak mestilah berganding bahu, menggembleng tenaga untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini.
(Konklusinya, remaja merupakan modal insan yang perlu dibimbang dan dididik agar tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak bermanfaat. Tenaga muda mereka amat diperlukan dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang kukuh dan maju di persada dunia. Oleh sebab itu, semua pihak mestilah berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan