Selasa, September 29, 2009

Karangan Jason -Pencemaran Air

Hidupan air ialah spesies haiwan yang hidup di dalam air dan ada yang bernafas melalui insang seperti ikan.Terdapat juga hidupan air yang lain seperti batu karang,rumpai laut,belut,gamat dan sebagainya.Hidupan air di negara kita perlu dihargai untuk mengekalkan unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan ini.

Pendahuluan: daripada pembacaan, isi karangan anda sepatutnya tentang kepentingan hidupan air

Hidupan air mesti dihargai oleh manusia kerana hidupan air merupakan sebahagian daripada kitaran hidup. Hidupan air menjadi sumber protein kepada manusia yang memerlukannya untuk tumbesaran badan. Malah, hidupan air boleh dijadikan bahan atau ramuan dalam bidang perubatan tradisional seperti belut dan gamat manakala hidupan air seperti batu karang dijadikan sebagai barang perhiasan yang unik dan menarik. (bahagian ini anda menulis tentang kepentingan dan kegunaan hidupan air)
Untuk memastikan kelangsungan hidup hidupan air atau akuatik yang baik, aktiviti pencemaran air perlu dielakkan. Pembuangan sisa toksik, sampah-sarap dan kejadian tumpahan minyak di perairan laut boleh menjejaskan hidupan air. Jadi, usaha perlu diambil untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang mencemarkan air ini. Manusia yang tidak bertimbang rasa akan melakukan aktiviti pencemaran air ini lantas kadang kala mereka alpa tentang kepentingan hidupan air kepada manusia. (Punca)

Pencemaran air yang berlaku perlu diatasi oleh semua pihak,terutamanya pihak kerajaan melalui kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan hidupan air di negara kita.Undang-undang dikuatkuasakan secara berterusan agar mereka yang melakukan kesalahan atau pencemaran dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan. Pihak media massa perlu menguar-uarkan kempen 'Hargai Kehidupan Air' agar matlamat kempen kerajaan dapat direalisasikan. (bahagian ini pula tentang langkah mengelakkan pencemaran air)

Kesimpulannya,kerjasama semua pihak amat diperlukan agar pencemaran air tidak berlaku dan hidupan air akan hidup di perairan negara kita tanpa diancam oleh aktiviti pencemaran.Usaha kerajaan malalui kempen-kempen yang diadakan se

cara berterusan ini perlu mendapat tindak balas (reaksi) positif daripada setiap lapisan masyarakat agar kehidupan (hidupan) air terus dihargai oleh rakyat Malaysia. (langkah dan mengulangi apa yang telah ditulis pada bahagian isi)

komen:

tiada tajuk, jadi tidak dapat dipastikan fokus isi karangan sama ada tentang langkah mengelakkan pencemaran air atau tentang kepentingan hidupan air? Daripada pembacaan, didapati isi karangan adalah tentang punca ancaman terhadap hidupan air , kepentingan dan langkah mengelakkan pencemaran air
Isi tidak mencukupi dan bercampur aduk, tiada penggunaan peribahasa, penggunaan kata atau frasa yang tidak tepat.
Pendahuluan tidak menggambarkan kehendak tajuk karangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan