Di negara kita terdapat banyak badan kebajikan atau dikenal juga sebagai badan sukarela. Sesuai dengan namanya iaitu badan sukarela, maka anggotanya melakukan pelbagai aktiviti secara sukarela. Lazimnya sesebuah badan sukarela memainkan peranan dalam sesuatu bidang tugas yang khusus seperti menjalankan aktiviti yang bertujuan menjaga kepentingan pengguna di negara ini. Masalah yang timbul kini ialah mengapakah orang ramai tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai badan kebajikan yang terdapat di negara ini?
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri. Bagi golongan ini, apa sahaja tindakan yang akan diambil mestilah mengambil kira kepentingan diri mereka. Jika sesuatu aktiviti ini mengganggu (menggugat)kepentingan mereka, mereka tidak akan melakukannya. Misalnya, mereka tidak mahu mengganggu(mengorbankan) waktu berehat, makan angin, atau membeli-belah semata-matanya untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan walaupun dia tahu kerja kebajikan itu sangat baik(walaupun tahu bahawa amalan ini ). Mereka sedar bahawa menyertai kegiatan gotong-royong untuk membantu warga tua perbuatan yang mulia tetapi mereka enggan mengorbankan masa senggang mereka semata-mata untuk menyertai kegiatan kebajikan itu.
Kebanyakan orang zaman sekarang sangat mementingkan keuntungan dalam hidup mereka. Dalam apa-apa juga tindakan yang diambil, perkiraan utama golongan ini adalah keuntungan yang bakal diperoleh. Sekiranya tindakan itu tidak memberikan sebarang keuntungan peribadi, mereka enggan melibatkan diri. Dalam hubungan ini, sudah tentulah mereka tidak akan menyertai kegiatan sukarela yang dianjurkan oleh pelbagai badan kebajikan kerana kegiatan ini tidak membawa sebarang keuntungan peribadi. Malah, orang yang melibatkan diri dalam kegiatan itu selalunya akan mengorbankan (membelanjakan)sebahagian wang mereka di samping mengorbankan tenaga dan masa.
Orang zaman sekarang terlalu sibuk bekerja untuk mengumpulkan wang bagi menyediakan perbelanjaan hidup diri sendiri dan keluarga yang terus meningkat. Orang-orang dalam golongan ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyertai kegiatan kebajikan tetapi tuntutan hidup memerlukan mereka menggunakan (menghabiskan) sebahagian besar waktu (masa) mereka untuk bekerja tidak kira siang atau malam. Akibatnya, mereka tiada masa untuk menyertai sebarang kegiatan sukarela anjuran pelbagai badan kebajikan. Misalnya, mereka bekerja kuat sepanjang hari atau sesetengahnya(sesetengah daripada mereka) terpaksa meninggalkan keluarga dan(hanya balik pada) balik pada hujung minggu. Pada hujung minggu itulah mereka mahu (meluangkan masa )bersama dengan keluarga.Oleh sebab itu, jika badan-badan kebajikan membuat(menganjurkan) aktiviti pada hujung minggu, mereka tidak akan menyertainya.
Sesetengah badan kebajikan gagal mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai. Selain itu, promosi tidak dijalankan secara meluas. Akibatnya, tidak banyak orang mengetahui kegiatan itu. Sesetengah badan kebajikan melakukan kegiatan yang sama, iaitu mengadakan aktiviti sacara gotong-royong atau mendermakan darah. Tidak banyak orang yang suka memberikan sumbangan tenaga untuk membersihkan(sesuatu) kawasan atau (menderma darah) memberikan sumbangan darah. Namun begitu, jika badan kebajikan dapat mengadakan aktiviti yang lebih menyeronokkan, umpamanya sukaneka atau hari keluarga di sesebuah taman perumahan, penyertaan daripada anggota masyarakat lebih menggalakan(menggalakkan). Dalam aktiviti seperti itulah kutipan derma dapat dilaksamanakan(dilaksanakan) untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, misalnya anak-anak yatim atau orang tua-tua(orang-orang tua).
Satu faktor lagi yang menyebabkan orang(orang ramai) enggan melibatkan dalam kegiatan kebajikan ialah mereka beranggapan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Dengan tanggapan begitu yang tersemat di jiwa, mereka tidak akan menyertai mana-mana badan kebajikan kerana mereka tidak memerlukan bantuan daripada badan-badan tersebut. Misalnya, mereka enggan menyertai kegiatan Rukun Tetangga kerana mereka mampu menyediakan(mengupah) pengawal untuk menjaga keselamatan mereka dan kaum keluarga mereka.
Sebagai kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini sewajarnya membentuk satu permuafakatan untuk merancang kegiatan yang lebih terancang dan mampu menarik orang ramai untuk menyertainya. Dengan adanya permuafakatan itu, mereka boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya memberi sumbangan wang bagi menggerakkan aktiviti mereka secara lebih aktif dan berkesan. (kurang sesuai)
* perkataan berwarna biru di atas adalah beberapa pembetulan menggunakan kata. Cikgu ingin anda semua beri perhatian kepada penggunaan kata yang lebih sesuai dan penambahabikan karangan penuh di bawah ini.
Di negara kita terdapat banyak badan kebajikan atau dikenali juga sebagai badan sukarela. Sesuai dengan namanya iaitu badan sukarela, anggotanya melakukan pelbagai aktiviti secara sukarela. Lazimnya sesebuah badan sukarela memberi tumpuan kepada sesuatu bidang tugas yang khusus seperti menjalankan aktiviti yang bertujuan menjaga kepentingan pengguna di negara ini. Masalah yang timbul kini ialah mengapakah orang ramai tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai badan kebajikan yang terdapat di negara ini?
Anggota masyarakat pada masa kini bersikap mementingkan diri sendiri. Bagi golongan ini, apa sahaja yang akan dilakkukan mestilah mengambil kira kepentingan diri mereka. Jika sesuatu aktiviti itu menggugat kepentingan mereka, mereka tidak akan melakukannya. Misalnya, mereka tidak mahu mengorbankan waktu berehat, makan angin, atau membeli-belah semata-matanya untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan walaupun mereka tahu bahawa kerja kebajikan dapat membantu mereka kurang bernasib baik dan merupakan amalan yang sangat baik. Kesedaran tentang kebaikan dan kepentingan kegiatan gotong-royong untuk membantu warga tua merupakan perbuatan yang mulia tetapi mereka enggan mengorbankan masa senggang mereka semata-mata untuk menyertai kegiatan kebajikan itu yang tidak memberi apa-apa pulangan yang setimpal.
Kebanyakan orang zaman sekarang sangat mementingkan keuntungan dalam hidup mereka dan sangat berkira. Dalam apa-apa juga tindakan yang diambil, perkiraan utama golongan ini adalah keuntungan atau ganjaran yang bakal diperoleh. Sekiranya sesuatu tindakan itu tidak memberi sebarang keuntungan peribadi, mereka enggan melibatkan diri. Dalam hubungan ini, sudah tentulah mereka tidak akan menyertai kegiatan sukarela yang dianjurkan oleh pelbagai badan kebajikan kerana kegiatan ini tidak membawa sebarang keuntungan peribadi. Malah, orang yang melibatkan diri dalam kegiatan sukarela atau kebajikan biasanya perlu membelanjakan sebahagian daripada wang mereka di samping tenaga dan masa.
Orang zaman sekarang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk mengumpulkan wang bagi menyediakan perbelanjaan hidup diri sendiri dan keluarga yang terus meningkat. Golongan ini sedar akan pentingnya menyertai kegiatan kebajikan tetapi tuntutan hidup telah memenuhi sebahagian besar masa mereka untuk bekerja tidak kira siang atau malam. Akibatnya, mereka tiada masa untuk menyertai sebarang kegiatan sukarela anjuran pelbagai badan kebajikan. Misalnya, mereka bekerja kuat sepanjang hari hinggakan ada sesetengah daripada mereka terpaksa meninggalkan keluarga dan hanya balik pada hujung minggu. Pada hujung minggu itulah mereka mahu menghabiskan masa bersama dengan ahli keluarga. Oleh sebab itu, jika badan-badan kebajikan menganjurkan aktiviti pada hujung minggu, mereka tidak akan menyertainya.
Sesetengah badan kebajikan gagal mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai. Selain itu, promosi tidak dijalankan secara meluas. Akibatnya, tidak banyak orang yang tahu akan wujudnya aktiviti seperti itu. Sesetengah badan kebajikan melakukan kegiatan yang lebih kurang sama pada setiap tahun, iaitu mengadakan aktiviti gotong-royong atau kempen derma darah. Tidak ramai orang yang suka menjalankan aktiviti gotong-royong yang memerlukan mereka mengerah tenaga untuk membersihkan sesuatu kawasan atau menderma darah mereka. Di samping itu, terdapat badan kebajikan dan badan sukarela yang tidak aktif dalam merancang aktiviti yang mampu melibatkan penyertaan orang ramai. Badan kebajikan yang tidak aktif ini hanya bergantung kepada bantuan tetap daripada pihak tertentu. Mereka tidak berusaha untuk mempromosikan badan kebajikan mereka. Tidak hairanlah orang ramai tidak sedar akan kewujudan badan kebajikan tersebut.
Satu faktor lagi yang menyebabkan orang ramai enggan melibatkan dalam kegiatan kebajikan ialah mereka beranggapan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Dengan tanggapan begitu yang tersemat di jiwa, mereka tidak akan menyertai mana-mana badan kebajikan kerana mereka tidak memerlukan bantuan daripada badan-badan tersebut. Misalnya, mereka enggan menyertai kegiatan Rukun Tetangga kerana mereka mampu mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan mereka dan kaum keluarga mereka.
Sebagai kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini sewajarnya melaksanakan kegiatan mereka dengan lebih kreatif dan mampu menarik orang ramai untuk menyertainya. Promosi dan kempen perlu diperhebat agar mendapat perhatian dan penyertaan orang ramai. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah dan usaha yang boleh dirancang dan dilaksanakan dalam Dengan adanya permuafakatan itu, mereka boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya memberi sumbangan wang bagi menggerakkan aktiviti mereka secara lebih aktif dan berkesan.
Cara-cara murid menjaga kebersihan diri
2 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan